Friday, January 27, 2006

Old Memories...for the 70's & 80's born baby


Those OLD days!!

You grew up watching He-man, Transformers,
Thundercats, Silver Hawk, Space Cop Gaban,
Ultraman, and Mighty Mouse. Not to forget, Ninja
Turtles, Mask and Smurfs too. You grew up brushing
your teeth with a mug in primary school after
recess time. You squatted by a drain with all your
classmates beside you, and brushed your teeth with
a colourful mug. Remember the days when the school
nurse comes with a list for the dentist
appointments, the sound of the drilling when your
friend has a fill in his tooth.

You remember the packets of milk (Projeck Susu
Segar) and milo we get in primary school to
encourage us to drink more milk. And when we had
to line up just to get one cup, and some of us
would line up again for another cup of cold milo.
And remember we use to buy susu sekolah and get
stomach-ache the next day. During primary (some
KBSR & 3M) school days, the teacher will punish
you using a long ruler to hit your palm. A bowl of
noodle soup cost only 40c in primary school days.
When you were in primary school, girls like to go
to the bookshop to buy cute stuff such as animal
erasers, sharpeners, notebook etc. Play with these
paper doll... with all the paper clothes.. etc etc

In secondary (some KBSM) school, girls go to the
library to borrow their favorite romance
storybook. In secondary school, girls altered
their school skirt to shorten it and guys will go
to the school appointed school uniform tailor shop
to tailor make their school trousers to the then
fashionable "baggy pants" , or the GQ one with all
the 'batik' or buckle at the edge of the pocket!
the straight cut jeans.. or codroy.... In secondary
school days, you buy the Bata BM Turbo school
shoes. Some guys like to wear those china made
ankle high shoes. Some even like to wear those
very thick socks with their school shoes. remember
the panda, carefree or warrior shoes..
Internet? E-mail? What the hell is that? So you
thought a decade or more ago. Your friends don't
have pagers or hand phones in school. CDs? What's
that? Cassette tapes were the norm.. Movie tickets
used to cost less than $5 last time. there is no
KLCC.. Pertama or Bukit Bintang the only place we
have..

The goodies from Mamak shop used to be Mamee, Ka
ka, Kum Kum, Ding Dang choco balls (with toys in
the box) + the mat sentul voices as a jingle,
colorful hard "egg", "cigarette" chocolate, pink
bottle of bubbles, and small tubes with yellow
sticks to blow "more lasting" bubbles that you can
pop more air in or slam it on. You never forget
'Ti Kam'. When exams are over, the board games
(eg: UNO, Monopoly, CLUEDO) & hand held video
games will be all over the class room. Girls will
start playing 'batu seremban'. guys with 'tudung
botol oren' Your favorite sound is the bell! For
it's the homemade ice cream man. The cream that
tops Hagen Dazs! The pink color ice-cream with
eyes plus a wide smile. Another bell is the recess
bell, a time to get away from school work and to
eat. Another time when there is no bell but all
guys will anxiously wait for it...The PJ, PE
time (time for football!!)

Your favorite childhood games were playing
"guli"(marbles), five stones, zero-point,
catching, and/or "Pepsi-Cola one two three"! The
best thirst quencher of all times is the yummy
colorful ice tubes you can buy from provision
shops. To eat them, break the tab and suck while
holding the freezing tube! All gals had Barbie
dolls, My Little Pony, pound puppy, Polly Pocket
and etc, while all boys had star wars figurines or
a rubber band catapult that shoots folded paper or
eraser bits. Once was the era whereby ice-cream
sticks were valuable items, than came the paper
aircrafts, chalk fights.

Everyone envied the class monitor and his
assistant, cos they were the ones who came up with
the daily duty roster, giving names to teacher on
who makes the most noise and who's running around
the class. The elite group are the prefects, the
one with license to move around, they consider
themselves above the law when not many students
actually listened to them, and that's when the PK Hem comes in.

Some boys made their own guns from wood,and used
'Bacali' as the bullets. Some even used matches to
shoot and burn kids'lanterns during Lantern
Festival.. and you also rather to 'ponteng sekolah'
juz to watch final episod of Moero Attack .. miss that much..
summersault berkembar... hehehe.. still remember this one..

Cheers to the 70's..80's b a b i es...NOW, WE RULE THIS WORLD

Wednesday, January 18, 2006

USAHAWAN MUDA

Sherena mahu martabatkan makanan Melayu
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH


Muda dan perwatakannya juga cukup menyenangkan. Dia sangat bersederhana walaupun sudah memiliki sebuah restoran sendiri. Usia setahun jagung dalam perniagaan bukan menjadi ukuran untuk patah semangat dalam bidang ini. Berbekalkan kepada azam yang kuat dan dorongan keluarga, dia cuba mencipta nama setaraf dengan pemilik restoran yang terkenal di negara ini.

Sherena Razaly Wahi, 30, mudah didekati. Berbicara santai mengenai penglibatannya dalam perniagaan makanan menyerlahkan lagi perwatakannya yang amat ramah, sesuai dengan peranannya sebagai pemilik dan pengurus restoran ENAK Kuala Lumpur.

Penglibatan Sherena dalam pembukaan restoran itu pada awalnya tidak dirancang. “Saya hanya terlibat dalam membuat keputusan seperti lokasi dan reka bentuk pada awalnya dan secara berperingkat-peringkat saya terlibat 100 peratus. Galakan ayah yang banyak memberi idea, emak yang kreatif dalam menyediakan menu-menu istimewa dan kakak yang turut memberi galakan merupakan resipi utama kejayaan saya pada hari ini,’’ katanya.

Semangat untuk memartabatkan makanan Melayu telah mendorong Sherena menceburi bidang itu.Restoran di gedung Starhill, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang direkabentuknya sendiri dibuka untuk mencipta suasana yang selesa dan perkhidmatan yang baik.

“Saya suka makanan Melayu tapi di Kuala Lumpur sedikit sangat restoran yang menghidangkan makanan Melayu dan saya merasakan makanan itu seolah-olah diketepikan,’’ jelasnya.Sifat cintakan adat dan budaya jarang ditemui pada anak Malaysia yang berpendidikan Barat. Tetapi tidak bagi Sherena. Baginya, adat dan budaya perlu disanjung tinggi.

Berpegang pada prinsip tersebut, segala risiko dan cabaran cuba diatasinya secara bijak walaupun dalam senario perniagaan makanan memang wujud persaingan sengit.
“Perniagaan ini memang banyak persaingan tetapi di Starhill, kami bekerjasama. Walaupun setiap restoran menyediakan makanan yang berbeza, secara amnya semua pihak bekerjasama. Hanya ENAK KL yang menyediakan makanan Melayu dan Indonesia dan kami cuba bantu-membantu. Misalnya, kalau ada pelanggan yang inginkan makanan Thai, kami akan bawa mereka ke restoran tersebut,’’ katanya.

Menurutnya, lelaki atau wanita, bukan menjadi persoalan untuk menjadi pengurus yang berjaya. Yang penting kita bersikap profesional.Sikap memahami pekerja dan belajar daripada pekerja yang berpengalaman menjadikan pentadbiran restoran ENAK lebih mudah dan teratur.

“Saya selalunya bersikap mengikut keadaan. Saya tidak tegas dan tidak juga lembut. Kita sebagai ketua perlu tumpu pada satu sikap sahaja,’’ ujarnya. Kebolehan Sherena juga optimis pada kebolehan diri. Dia sentiasa berfikiran positif kerana agenda tahun-tahun mendatang berkaitan diri dan restorannya sudah terbentang dalam mindanya.

Menceritakan latar belakang dan kejayaannya, Sherena pernah belajar di United Kingdom selama enam tahun dan kemudian bekerja dengan bapanya sebagai arkitek dan pengurus projek.

Dia memulakan perniagaannya pada Mei lalu dan pada peringkat permulaan, dia telah melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu tugas di pejabat dan restoran. Disebabkan ingin memberi komitmen sepenuhnya terhadap restoran, dia menghabiskan masa sepenuhnya di restoran itu mulai Ogos lalu.

“Insya-Allah bila perniagaan saya sudah berjalan lancar, saya akan cuba keluar daripada rutin biasa saya,’’ ujarnya yang mengakui bidang seni binadan berniaga memang banyak perbezaan.

Tambah Sherena, perniagaan memerlukannya berinteraksi dengan orang ramai terutama pelanggan yang berkunjung di restorannya. Pengunjung restorannya bukan sahaja tertumpu kepada orang tempatan. Kumpulan pelancong asing menjadi pelanggan majoriti restorannya.

Dalam kesibukannya menguruskan restoran, Sherena tidak lupa menjaga kesihatan dalam dan luar diri agar penampilannya sentiasa nampak segar dan ceria. Ini bersesuaian dengan tugasnya yang selalu melibatkan orang ramai.

“Saya banyak makan buah-buahan seperti lobak, epal hijau serta oren dan dalam sehari saya akan minum dua gelas jus,’’ katanya.

Bukan itu sahaja, dia gemar berkongsi cerita bersama-sama teman-teman sambil menari di samping melakukan senaman sebagai kunci untuk mengelakkan tekanan kerja.

Bercerita tentang perkembangan restorannya, Sherena menekadkan azam untuk melakukan pencapaian terbaik dalam perniagaannya dan dia yakin secara perlahan-lahan perkembangan restorannya semakin baik walaupun banyak rintangan yang terpaksa dihadapi.


p/s: Kan bagus kalau aku jadi seperti seperti dia, memang aku idamkan untuk membuka sebuah restoran namun apakn daya....

Monday, January 16, 2006

Selamat Hari Jadi Abah


Selamat Hari Jadi Abah

Hepi birthday to u..hepi birthday to u....

Harijadi abah yang ke-57. My sister Dina & Ikin balik. Cuma Heni & Wandi tak boleh balik coz Heni ada exam. Takpelah .So we all pun meng'organize'kan satu BBQ for abah. Yelah masa birthday mama last year ada buat BBQ. So fairlah kan... Lagipun abah ni xmakan kek. Kenapa ye??? Entahlah abah sendiri pun xleh nak jawab.

BBQ ni khas utk abah but abah yang kena jadi driver utk kami ke TESCO beli barang-barang. SORRY abah, yong kan dah lama tak bawa kereta. Dah beli barang abah juga yang kena sediakan the BBQ ingredients. Yelah abah punya resepi memang best. If u all want to know, my abah ni memang terror bab masak memasak ni. Lepas pencen ni, dialah orang yang paling rajin masak di dapur. Macam-macam resepi baru dia try. Best lak tu. Aku dan Ikin tolong buatkan spaghetti bolognese je. Kami ni kuat makan mana nak cukup cuma makan ayam, sosej and udang.

Tungu punya tunggu...akhirnye siap jugalah. Sayang sekali coz my hubby tak ada. Kereta pulak rosak. Kesian sayang...anyway B dah simpankan sikit food for you.

Sementara tu kami tengok cerita "Pondok Buruk" kat NTV7. Sedihnye story dia. Sampai hati anak-anak dia buat macam tu kat parents diorang. Aku yang sedia maklum sensitif orangnya apalagi....bercucuran lah airmata... nasib baik my hubby takde kalau tak for sure dia gelakkan aku..tapi takpe bukan aku sorang je nangis...mama pun sama...layan..... Abah tengok kami berdua, then dia pun mengajuk kami.... Adik-adik aku pun ketawakan kami.

Lepas tu sambung lak cite 'Kabhi Kushi Kabhi Gham' sempena hari Pongal kat TV3. Nangis lagi..... Tapi aku dah tertidur masa middle of the story. Bila terjaga sambung balik and sambung nangis balik. Adik aku heran apalah kakak aku ni dah tido pun boleh layan balik. Yelah dah lama tak layan hindustan. Aku ni bukannya minah hindustan. Kalau tengok pun tengok cerita yang hero nya aku kenal je.

Saturday, January 14, 2006

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Well..... Raya datang lagi. Tahun ni raya haji kita sambut dua kali kan. Tahun ni aku beraya di kampung hubby di Bota, Perak. Sehari sebelum raya aku kena kerja yalah kan baru masuk kerje mana ada cuti. Untuk raya ni aku cuma masak kek coklat. 3 biji aku masak sekali gus. Satu kawanku Liza (merangkap jiran depan umah)order, 1 utk mama n 1 utk my mother in law. Mulanya aku nak buat satu lagi utk pah but makcu nak buat....suka hatilah... Liza marah aku coz bagi kek tu awal(Hari Ahad) sebab dia dan Ally hubby dia dah bedal 1/2 kek tu on Sunday. Suppose kek tu utk mak Ally. Last2 diorg pakat simpan je kat umah xyah bg sesapa.

Balik keje aku terus pegi umah parents aku di Simpang Pulai. Malam raya ada orang surau datang untuk takbir. Seperti biasa mama mesti masak MFC. Mama Fried Chicken. Adikku Heni & hubby dia Wandi pun dah sampai. Lepas orang surau takbir, aku, my hubby & Hakimi (my son) terus balik malam tu gak ke Bota. Sampai dah dekat pukul 12 malam. Kesian mak mertua aku kena tunggu sensorang. Sorry mak. Actually my brother in law and family dia pun nak balik but sampai after 12am.

Hari raya aku tolong mak masak lontong and ketupat segera. Lemang mak dah beli dulu. Rendang pun mak dah masak semalam. Aku seperti biasa cuma menyibukkan diri je kat dapur coz aku tak pandai sangat bab masak gulai ni. Biasanya kat umah masak simple simple je takpun kalau rasa macam malas, lepas balik keje singgah kat Kedai Milik Bersama kat pekan Tanjung Rambutan. Nasi Goreng Daging Merah dia memang sedap.... Kecur air liur aku...malam nanti nak ajak hubby gi sana lah...

Sambung balik bab raye... Abg Man (Abg ipar) bangun pukul 1pm hari raya ari tu. Dan semamangnya sahlah dia tak pegi sembahyang hari raya. Actually aku pun tak pegi tapi aku ada excuse coz anak aku kecik lagi sape nak jaga dia. Betul tak??? Yang(Kakak Ipar) n family dari KL pun balik on that day. Best gak berkumpul reramai ni. Yelah pagi tu kami tak buat ape2 pun just watching TV. Nak gi beraye umah sedare mare pun diorg sume gi tgk org semelih lembu.

After solat Asar kami pun balik Ipoh, gi umah Pah n Chik gee. Umah aunty tak sempat nak pegi coz dah malam. Aunty jgn marah ye. Yelah cuti sehari je tak sempat nak ke mana-mana.

Itulah yang berlaku on Hari Raya Aidiladha tahun ni. Hakimi pulak memang enjoy setiap kali dengar takbir kat tv. Aku tengok Hakimi lebih cenderung dengan apasaje yang berunsurkan agama ni. Nanti mama hantar Hakimi ke sekolah agama ye. Mana tau anak mama ni boleh jadi mufti satu hari nanti. Amin.Insyaallah. Yelah mama dia ni bab bab agama ni kureng ckit. Hopefully my son tak macam mama dia. Hehehe...

Wednesday, January 11, 2006

PENAT


PENAT

Adik aku Heni dah selamat melangsungkan perkahwinannya. Sebagai kakak aku sememangnya busy. Itu nak kena buat ini nak kena handle yang situ nak kena settle.Pening kepala gak yelah dulu masa majlis kawin sendiri taklah busy cam tu. Lepas ni maybe Ikin pulak nak kawin. Aku dah pujuk mak aku utk buat kontrak je. Dah tak larat rasanya nak menghadap kenduri kalau nak masak sendiri. Mana taknya preparation mak datuk punyelah lama tup tup majlisnya kejap je. Tapi apa apa pun rasa lega bila segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Cuma masa majlis nikah tu macam nak hujan (actually dah hujan renyai renyai dah)and aku pun jeling Heni dia pun apa lagi campak baju atas atap. Alhamdulillah hujan pun brenti. Kebetulan je tu tak leh caye sangat nanti syirik lak. Hehehe... Kita hanya ikhtiar. tak pe kot....