Saturday, January 14, 2006

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Well..... Raya datang lagi. Tahun ni raya haji kita sambut dua kali kan. Tahun ni aku beraya di kampung hubby di Bota, Perak. Sehari sebelum raya aku kena kerja yalah kan baru masuk kerje mana ada cuti. Untuk raya ni aku cuma masak kek coklat. 3 biji aku masak sekali gus. Satu kawanku Liza (merangkap jiran depan umah)order, 1 utk mama n 1 utk my mother in law. Mulanya aku nak buat satu lagi utk pah but makcu nak buat....suka hatilah... Liza marah aku coz bagi kek tu awal(Hari Ahad) sebab dia dan Ally hubby dia dah bedal 1/2 kek tu on Sunday. Suppose kek tu utk mak Ally. Last2 diorg pakat simpan je kat umah xyah bg sesapa.

Balik keje aku terus pegi umah parents aku di Simpang Pulai. Malam raya ada orang surau datang untuk takbir. Seperti biasa mama mesti masak MFC. Mama Fried Chicken. Adikku Heni & hubby dia Wandi pun dah sampai. Lepas orang surau takbir, aku, my hubby & Hakimi (my son) terus balik malam tu gak ke Bota. Sampai dah dekat pukul 12 malam. Kesian mak mertua aku kena tunggu sensorang. Sorry mak. Actually my brother in law and family dia pun nak balik but sampai after 12am.

Hari raya aku tolong mak masak lontong and ketupat segera. Lemang mak dah beli dulu. Rendang pun mak dah masak semalam. Aku seperti biasa cuma menyibukkan diri je kat dapur coz aku tak pandai sangat bab masak gulai ni. Biasanya kat umah masak simple simple je takpun kalau rasa macam malas, lepas balik keje singgah kat Kedai Milik Bersama kat pekan Tanjung Rambutan. Nasi Goreng Daging Merah dia memang sedap.... Kecur air liur aku...malam nanti nak ajak hubby gi sana lah...

Sambung balik bab raye... Abg Man (Abg ipar) bangun pukul 1pm hari raya ari tu. Dan semamangnya sahlah dia tak pegi sembahyang hari raya. Actually aku pun tak pegi tapi aku ada excuse coz anak aku kecik lagi sape nak jaga dia. Betul tak??? Yang(Kakak Ipar) n family dari KL pun balik on that day. Best gak berkumpul reramai ni. Yelah pagi tu kami tak buat ape2 pun just watching TV. Nak gi beraye umah sedare mare pun diorg sume gi tgk org semelih lembu.

After solat Asar kami pun balik Ipoh, gi umah Pah n Chik gee. Umah aunty tak sempat nak pegi coz dah malam. Aunty jgn marah ye. Yelah cuti sehari je tak sempat nak ke mana-mana.

Itulah yang berlaku on Hari Raya Aidiladha tahun ni. Hakimi pulak memang enjoy setiap kali dengar takbir kat tv. Aku tengok Hakimi lebih cenderung dengan apasaje yang berunsurkan agama ni. Nanti mama hantar Hakimi ke sekolah agama ye. Mana tau anak mama ni boleh jadi mufti satu hari nanti. Amin.Insyaallah. Yelah mama dia ni bab bab agama ni kureng ckit. Hopefully my son tak macam mama dia. Hehehe...

No comments: