Wednesday, February 08, 2006

BILA LA NAK SETTLE....

sumber: Berita harian 8/2/06

'Pindah ladang babi, ayam ke lokasi sesuai'
Oleh Hafizan Taib

IPOH: Penduduk di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, dekat sini yang menghadapi masalah bau busuk berikutan kewujudan ladang ternakan babi dan ayam di kawasan berhampiran sejak beberapa tahun lalu, meminta pihak berkuasa bertindak segera menangani masalah itu.
Selain bau busuk, keadaan kotor itu juga menyebabkan pembiakan lalat dan nyamuk yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit berjangkit kepada penduduk di kawasan perumahan di situ.Wakil penduduk, Ahmad Afandi Alang, 31, berkata penduduk di situ amat menderita dengan keadaan itu sejak mendiami kawasan perumahan berkenaan kira-kira setahun lalu.Katanya, penduduk berharap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu seperti menutup atau memindahkan ladang ternakan babi dan ayam terbabit ke kawasan lain yang lebih sesuai.Beliau berkata, terdapat kira-kira 2,000 babi dan 72,000 ekor ayam diternak di ladang ternakan berkenaan."Pelbagai masalah terpaksa kami hadapi sejak mendiami kawasan perumahan ini kira-kira setahun lalu. Bau busuk najis babi dihidu setiap manakala pembakaran terbuka tulang babi menyebabkan asap dan debunya berterbangan hingga melekat di dinding rumah."Sistem perparitan dan kumbahan tidak sempurna memburukkan lagi keadaan di sini apabila air yang mengalir dari kandang babi dan ayam masuk ke kawasan kebun sayur berhampiran kawasan kandang berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.Satu majlis dialog diadakan di antara penduduk, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) bagi membincangkan masalah berkenaan.
Ahmad Afandi berkata, apa yang lebih mengecewakan ialah pekebun di situ menggunakan air takungan hasil najis babi dari kandang haiwan berkenaan untuk menyiram sayuran mereka.Katanya, hasil tanaman sayuran itu kemudian dijual di pasar di kawasan berhampiran seperti Tanjung Rambutan, Tambun, Tanah Hitam serta Chemor dan dibeli orang ramai yang majoritinya adalah orang Islam.Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Kamaruddin Awang berkata, pihaknya sudah menghantar notis kepada pihak pengusaha ladang ternakan itu pada Jun lalu, supaya memulihkan kawasan ladang ternakan kerana didapati melanggar syarat ditetapkan pihak PTG.Bagaimanapun katanya, pihak pengusaha ladang ternakan itu ada membuat rayuan kepada PTG berhubung perkara itu dan jabatan berkenaan memberi peluang serta tempoh bagi mereka membaiki keadaan itu.Beliau berkata, berdasarkan perkembangan setakat ini tiada sebarang tindakan pemulihan atau pembaikan dilakukan pihak pengusaha terhadap ladang ternakan haiwan itu."Sekiranya keadaan ini tidak berubah kita akan menjalankan siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya boleh diambil melalui peruntukan ditetapkan dalam Seksyen 129 Kanun Tanah Negara," katanya.

p/s: kawasan umah aku...ahmad afandi tu hubby aku...mlm ni maybe masuk tv3 lak buletin utama

2 comments:

kiranakia said...

tak sangka laki hang orang kuat taman tu yek..

Hezrin Ahmad said...

konon-kononnya...