Friday, February 03, 2006

MEMANG PATUT PUN

Malaysia kutuk akhbar Denmark siar karikatur hina Nabi Muhammad

PUTRAJAYA 2 Feb. - Malaysia mengutuk tindakan sebuah akhbar Denmark menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad dan menyifatkannya sebagai sikap tidak sensitif media Barat terhadap Islam.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, negara ini memandang serius tindakan tersebut kerana ia menggambarkan Islam dan Rasulullah sebagai pengganas sehingga membangkitkan perasaan marah umat Islam di seluruh dunia.

``Mereka mengagung-agungkan kebebasan tetapi menggunakan kebebasan untuk menghina orang lain dan agama, ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.

``Sikap tidak peduli kepada sensitiviti dan kesucian seorang nabi yang mempunyai kedudukan mulia, tidak membantu masyarakat dunia untuk merapatkan jurang pertembungan antara tamadun,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan pendirian Malaysia itu ketika diminta mengulas mengenai tindakan akhbar Jyllands-Postem menyiarkan 12 kartun termasuk lakaran Nabi Muhammad memakai serban berbentuk bom.

Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan dua pertubuhan terbesar Islam iaitu Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab menuntut supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi melarang serangan ke atas kepercayaan agama.

Libya telah menutup kedutaannya di Denmark sebagai bantahan terhadap lukisan tersebut manakala awal minggu lalu, Arab Saudi telah memanggil balik dutanya dan para ulama negara itu menggesa pemboikotan ke atas barang-barang keluaran negara berkenaan.

Tunjuk perasaan pula diadakan di Tebing Barat bagi membantah penerbitan kartun itu, sementara kumpulan pejuang Briged Jihad Al-Aqsa mengancam para petugas Denmark di Palestin.

Pejabat Jyllands-Postem menerima ancaman bom kerana penyiaran lakaran berkenaan menyebabkan hubungan dagang dan diplomatik Denmark dengan beberapa negara Islam menjadi tegang.

Akhbar tersebut telah memohon maaf kelmarin tetapi akhbar Perancis, France Soir pula menyiarkan semula kartun tersebut.

Walaupun penyiaran kartun berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negara terbabit, Syed Hamid meminta media terutamanya dari Barat supaya lebih bertanggungjawab dalam tindak tanduk mereka.

Ini katanya, bagi memastikan usaha merapatkan persefahaman dengan dunia Islam tidak terjejas.

P/S: Teringin aku cari newspaper tu but only for subscribers. Dalam bahasa yang aku xpaham pulak tu..

1 comment:

Hamka said...

Ya Allah
berilah hidayat kepada 2 umar...
berilah hidayat kepada Hindun yg makan hati Hamzah
berilah hidayat kepada Supian
berilah hidayat kepada Khalid
berilah hidayat kepada denmark
kekalkanlah aku dalam hidayat
jadikan aku asbab hidayat..
AMIN