Friday, March 17, 2006

MAC CHEESE N DEE


Yesterday...ewah...mcm nak nyanyi lagu The Beatles pulak..

Yesterday, Ikin n Fairuz (my sis) tidur kat umah aku.... Mlm they all request suruh aku buat pasta...yg ada kat umah cuma spiral...spaghetti cuma ada dlm secekak...not enough....then I suggested to try the new recipe I got from Resipi.net MAC CHEESE N DEE....inilah hasilnya..... actually this photo is from the Resipi.net but hasilnya...sama je.... I did snap some photo...but its not clear... If you all nak cuba this is the recipe:

MAC CHEESE N DEE
Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) pasta yang sesuai seperti macaroni, spiral atau sebarang bentuk pasta lain yang disukai
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti Prego 400 gram daging cincang 1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering)
Sedikit rempah oregano
Garam dan gula secukup rasa
* Rempah oregano & bay leaves boleh dikecualikan sekiranya menggunakan sos spaghetti segera

1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.2. Untuk Sos Merah : Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.5. Untuk Sos Cheese : Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.6. Cara menyediakan Mac N Cheese : Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan.

** Mcm laman web resepi le pulak......heheh

10 comments:

kiranakia said...

tak kuasa aku masak benda renyah2 nie..

Hezrin Ahmad said...

aku suka msk mende2 mcm ni...nasi lauk xsuka...

ronie said...

aku suka makan je.. err.. resepi ko ni ade rasa macam lasagna ke?

azag0dude said...

memandangkan ang suka sgt wat eksperimental resipi masakan ni,apakata ang masak bnyak2, nnti bwak time reunion, bulih kitaorg tulun rasa...hehe

zam said...

aku sokong..hang masak la apa apa masa nak mai nanti.at least masa hang singgah rumah aku buleh reheat dlm microwave and makan jaaaa...bukan bini aku tak masak,cuma aku punn teringin nak rasa...buleh naaa

Hezrin Ahmad said...

hehhe...tgk le kalau aku rajin..aku risau...aku buat nanti kot blm smpai penang dah abis...kan mak aku nak gi umrah jumaat ni...mesti le ramai org kat umah....

syahrul rizal said...

tak pun hari sabtu tu hang singgah kilang aku dulu,
save duit lunch aku...hehehe

Hezrin Ahmad said...

aik...bkn ke hg nak blanja aku domino pizza ke time lunch...heheh

roni: ni adik-beradik lasagne la jugak...

zam said...

lasagne tu pabenda wei???adik beradik laksa ka??laksa penang ok gak!!!

Hezrin Ahmad said...

lasagne = sejenis pasta

weii tokei...xkan xnah mkn lasagne kat pizza ada jual la..