Tuesday, May 16, 2006

KANSER @ BARAH PARU-PARU

Apakah kanser paru-paru yang paling kerap terjadi ???
Kanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial.
Ia adalah kanser yang paling banyak dihidapi sekarang
Kadar kematian pada kaum lelaki sudah mendatar namun meningkat naik bagi kaum wanita

ROKOK DAN KANSER PARU-PARU ???
Rokok paling kerap dikaitkan dengan kanser ini.

Jika anda adalah perokok pasif ( menghidu asap rokok ) risiko mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi

LAIN-LAIN KAITAN
Kanser ini juga dikaitkan dengan:
Pendedahan pada asbestos : spt kilang kuari
dan pada arsenik. kromium, bahan petroleum dan radiasi

APAKAH TANDA_TANDA KANSER INI ???
Batuk = 42%
Sakit dada = 22%
Batuk berdarah = 15%
Lelah, hilang berat badan, suara serak = 5%

APAKAH YANG DOKTOR LAKUKAN JIKA MENGESYAKKI KANSER INI ???
Sejarah kesihatan akan ditanya dengan lengkap
Pemeriksaan akan dilakukan : kesihatan umum, dada, bahagian badan lain untuk mengesan perebakan ke anggota badan lain seperi tulang, hati, buah pinggang, otak dlll
Penyiasatan dijalankan :
Xray dada : untuk lihat kemungkinan ada ketumbuhan atau sakit lain
Ct scan : untuk lihat ketumbuhan, memeriksa saiz ketumbuhan dan perebakan yang mungkin terjadi
MRI : seperti Ct scan
Bronkoskopi : satu teropong akan disalurkan ke dalam paru-paru untuk melihat ketumbuhan dan mengambil sedikit cebisan tisu bagi analisis patologi
Fine needle aspiration biopsi : Jarum halus dicucuk dari luar dada untuk mengambil sedikit tisu bagi analisis patologi

APAKAH RAWATAN YANG ADA ???
Pembedahan : Namun hanya 20% yang masih boleh dilakukan, selebihnya pesakit telah terlalu teruk. Sebahagian paru-paru akan dibuang.
Radioterapi : Untuk mematikan sel kanser sebagai rawatan penyembuhan atau paliatif (sebagai pangurang kesengsaraan )
Kemoterapi : Ada jenis kanser paru-paru yang boleh dirawat dengan kemoterapi. Rawatan melalui kombinasi beberapa bahan kemoterapi.

BAGAIMANA KANSER INI DAPAT DIKESAN LEBIH AWAL ???
Saringan boleh dilakukan namun tidaklah begitu berkesan.
Caranya : Xray dada : 1 tahun sekali
Periksa kahak : 4 bulan sekali

Kenapa lak tiba2 aku cerita pasal Lung Canser?? Cz last week aku sempat melawat cousin aku kat GHKL.... dia menghidap penyakit kronik ni.... sian aku tgk dia dah kurus sangat..... walhal baru je hidap penyakit ni dlm 3 bulan and dah buat kimo 32 kali... Dulu sikit punya handsome...sekarang aku dah xcam muka dia.... lain sangat..... Dan yang kasihannya.....he is just 21 years old..... muda sgt.... Nama dia Muhammad Nor Hadi...... he still studying n right now dia terpaksa cuti n nak kena buat 5 kimo lagi...... isk.... Eddie... Yong harap kamu cepat sembuh....
** Buat my hubby n kawan2 or sesiapa yg smoking tu...harap2 berenti le...... aku sayang kat korang......

7 comments:

ronie said...

hmm... wat can i say... hope he'll be fine..

JohnLabu said...

habis tu lepas makan tak leh isap rokok nak isap apa? kalau cuti takpa la bini ada rumah... hehehe

Hezrin Ahmad said...

isk john ni.....xde le mende lain yg difikirnya...

kiranakia said...

lung cancer..arwah tuk aku pegi pun sebab tu la..

Tan Sri Rost said...

kepada semua penghisap rokok....minumla air gamat asli utk repair lungs hangpa.

zam said...

lung????
lungsuir????

AIDyN X KISAH said...

kepada perokok semua... sediakan ashtray sebelum ketip abu okok... aku sedia membantu... tak mahai... kalau jadi macam tu ada gak pampasan untuk bayaq bil hospital.... tapi nak buat cammana... kawan2 aku semua ketegaq.. tak gitu zam???