Monday, November 26, 2007

TALKIN

Terjemahan Bacaan Talkin.....
Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasenya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat Dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak Disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..." Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah Debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237Untuk renungan dan amalan bersama .."LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Tuesday, November 20, 2007

INTEBIU


Oleh kerana kesungguhan Hakimi nak pegi gak sekolah... at last aku dapat contact satu kinder yang boleh amik Hakimi but first of all dia nak tengok dulu budaknya and nak tengok dia boleh get along or not with others.... It's like mini intebiu le....Huhu... Ingatkan keje je nak kene intebiu...nak masuk tadika pun kene intebiu... Ish... Nanti le... xtau le bila nak bawa Hakimi ke sana... BZ ler...

Monday, November 19, 2007

FEZAL TAYE

Hakimi memang cukup minat pada si Faizal Tahir... maybe sebab mamat ni suka SUPERMAN kot... Lagu favourite dia of course MAHA KARYA CINTA... tapi dia tahu gak lagu Kasih Tercipta (tapi dia ckp lagu walis jali hantu) and Gemuruh... lagu baru dia Batu & Golek belum lagi rasanya... Semalam separuh akhir juara lagu.... Kul 8pm dia dah ckp..."mama...arini ada fezal taye... tengok tau.." Masa org lain nyanyi dia buat dek je tp bila dgr je nama Faizal Tahir... terus bangun siap amik Lego dia buat macam microphone...nyanyi sekali... Isk suka betoi dia .... senyum jek... Masa diumumkan Faizal dpt masuk 2 lagu...dia pun ikut yang macam Faizal buat melutut sambil buat isyarat peace... Dah habis dia cakap... "Mama... dah abis dah... pasni citer bopren mama pulak...suka la tu..." Hehe...mama dia pulak suka tgk smallville...hehe... Tom Welling tu handsome bangat..**Ni gambar Faizal kat Cineleisure... mulanya nak pegi but last minit ada hal... bila ckp kat Hakimi... "Tu la mama... tgk kalau tak dah sama dgn baju abang...." Dia plan nak pakai baju yang sama... sian pulak ...Hmm...Lenkali kita pegi ye...

Monday, November 12, 2007

DIAPERS

Dialog terbaru ..... "Mama keje..Ayah keje... Adik duk umah Mak Nyah... Abg pegi skolah... ye..."
Setiap hari itu la yang disebut-sebutnya... "Mama abg nak pegi skolah..." Aku ada la buat survey sedikit sebanyak... kononnya nak cari kindergarten main2 utk si abg.... tapi sumenye bersyarat... Mesti kene pandai pegi toilet sendiri... and no more diapers... HUHU... aku bgtau la Hakimi yang "teacher xnak org pakai diapers laa..." OK... so kami pun test dulu... "Mama abg geli la... abg nak pakai pampers laa..." Hmm... xjadik... Second try... Belikan spender 'Superman'... dia pakai... "Mama abg xtahan..." Aku n dia berlari pegi toilet... exactly masuk je toilet... dia buang... xsempat nak bukak seluar pun.... Hmm...

Open House




Hari Ahad lepas Heni buat open house tapi semi open la kira sebab dia cuma jemput sedara terdekat jek... Hari Sabtu dia amik aku sebab aku kena tolong la dia serba sedikit... Menu nya simple... Nasi Lemak n Ayam Berempah, Kueytiaw Goreng, Nasi Impit and dessert... Ice cream... Aku... gerenti xbuat open house... ye la kan dah ada hand bag...HUHU.. Lagipun Syawal dah abis dah....hehe

Friday, November 09, 2007

EXPERIENCE

Aku nak bagitau yang aku dah selamat melahirkan anak kedua aku pada 10 September 2007 bersamaan 28 Syaaban 1428 hari Isnin….(lagi 3 hari nak pose…. Jenuh la aku nak kena ganti…Ingat nak start next week..HUHU)
Yang pastinya kelahiran kali ni memang meninggalkan kesan yang paling dalam buat aku… Aku due 9 September but 2 weeks before aku dah turun darah… Everyday kene pegi check…. Itu yang buat aku xtahan tu… malas betoi… tapi aku rela berulang-alik ke hospital dari duduk kat hospital tu… Aku plan nak bersalin kat KL dulu and after the delivery baru nak balik Ipoh… Tapi xjuga bersalinnya… Then aku kata balik Ipoh le… Kot la boleh bersalin awal… but only after 1 week di Ipoh baru aku deliver…
Mulanya aku nak bersalin kat PUSRAWI Ipoh… sama macam my first baby but sume kata membazir je… Makcu (my aunty) kebetulan keje kat Maternity Ward and dia kata don’t worry she can take care of me… Nakia pun kata OK… so dengan xberapa confidentnya… aku pun agree ….. Pagi 9 September tu aku dah rasa kuat sikit… tapi muka aku masih lagi selamba… Mama xconfident pun tgk aku… Ye ke nak bersalin dia ni… tapi aku memang camtu… Masa Hakimi dulu pun aku boleh lagi gelak2 rupa2nya dah nak bersalin…hehe… So aku dengan muka toya pun pegi la ke Hospital lepas lunch… My first impression pun dah xbest… Mana taknya… nurse tu interbiu aku memacam… Agaknya dia tgk muka aku macam xnak bersalin lagi kot… Only after Makcu datang baru la diorang layan aku dengan baik sekali… Bila doktor check dia kata dah buka 2cm… so kene rehat kat wad dulu… kalau esoknya xbersalin gak dia akan induce… Makcu dah sediakan bilik untuk aku… Bilik tu ada 2 katil but aku sorang jek… Bosan giler… Magazine pulak lupa nak bawa… Hakimi menangis suruh aku balik rumah… siap cakap…”Mama balik la… rumah Tok cantik… hospital ni xcantik…” Huhu.. memang la xcantik… banyak nyamuk lak tu… Lps maghrib aku kluar pegi tgk TV… gambar xcantik… tapi kul 9.30pm dah kena halau masuk bilik… huhu… tapi sempat la aku sembang dgn sorang India ni.. dia dah 2 minggu kat sana… and she said that nurse yang duty malam ni problem… Hmm…
Assigned nurse aku OK la… apa ntah nama dia aku lupa… Dia kluar dari bilik aku kul 11.30pm… aku langsung xleh tdo… Lapar… sib baik ada roti…. Makan la dulu… pukul 3 lebih aku dah rasa sakit aku pegi cari nurse cakap aku sakit… Sumer nurse tdo except satu nurse tu… Dia bawak aku pegi bilik hujung sekali… kira-kira 100 meter la… Bila buat VE dia kata lambat lagi… xbukak pun… aku heran gak.. tadi doktor kata dah bukak 2cm… xkan dia tutup balik…. Hmm… aku diam jek… Aku langsung xleh tdo lepas tu… Kul 5am aku dah rasa sakit yang kerap… aku xlarat nak pegi carik nurse… so aku tekan loceng… xde sorang pun datang… Aku ingat loceng kat katil aku rosak… aku pun pelan2 pegi katil sebelah… tekan loceng… tunggu punya tunggu xjuga dtg… Aku dah mula terasa resa nak bersalin… Aku dah xleh nak buat apa dah… nak keluar pun xlarat… Masa tu aku sedih sangat … apalah dosa aku sampai xde org pedulikan aku… Aku dah mula mengerang… kuat kot sampai ada sorang patient bilik sebelah Tanya kenape… aku minta dia tolong panggilkan nurse… She did… but aku sedih bila aku dengar one of the nurse (Indian) tu cakap “ Apa dia nak… dia lambat lagi nak beranak… Asyik panggil je…” Aku kumpul tenaga and jalan keluar pelan2… aku cakap dgn nurse aku dah sakit… darah dah kluar byk… and nurse tadi tu suruh aku blk bilik and cakap belum lagi laa… “dah penah beranak pun xtau lagi ke sakit ke tak” katanya. Aku xpeduli aku jalan juga pelan2 sambil pegang dinding…. And assigned nurse aku kata bilik tengah dah penuh and suruh aku pegi bilik hujung tu… Dia kata “Xpe jalan jauh ckit nanti boleh cepat bersalin… pelan2 katanya lagi… Tuhan je tau masa tu… Dalam 10meter lagi aku dah xboleh and aku bgtau dia aku xleh jalan lagi… Time tu baru la dia pegi carikan wheel chair utk aku… Sampai bilik tu dia suh aku baring nak buat VE la konon… Baru selak sikit and nurse tu cakap tunggu kejap ye… and pesan jangan teran.. kalau sakit tarik nafas dlm2… Ya Allah… dia nak pegi mana lagi… aku dah xleh…. Tapi kejap je lepas tu dia dtg blk dgn troli and sorang lagi nurse… Bagai lipas kudung diorang bawak aku ke wad bersalin sambil jerit…. Tepi..tepi…fully..fully… Baru diorang tau… ingat aku memain ke…Huhu… Bila dah sampai bilik lak xready lagi… ada sorang doktor pelatih (Cina) terkial2 handle aku… siap kena marah dgn nurse lagi doktor tu… “Doktor cepat la doktor… patient ni dah nak beranak la doktor” Aku tengok jam pukul 6.50am masa tu… Diorang amik masa dalam 7 minit nak sediakan sume peralatan… Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki pada pukul 7.04am … Ahmad Iman Hazimi… berat dia 3.45kg… lagi berat dr abgnya… tapi perut aku kecik je… masa Hakimi dulu perut aku besar… Once dia lahir je aku rasa lega… Doktor suruh aku dukung… Aku rasa nak nangis… AKu ingat dah settle… rupanya xabis lagi… They cannot stop the bleeding….. Dah lama aku anemia… Aku dah lembik… then ada bidan tu dia kata doktor pelatih tu xleh handle… nanti aku lagi teruk… Dia jahit dalam and luar…. Makcu datang and cakap memang jahit banyak…Huhu… Benang lak asyik putus je… Tension aku… Tengah bidan tu jahit aku… doktor tadi nak masuk drip sebab muka aku dah pucat sgt… 6 kali cucuk xleh gak… aku rasa nak terajang je … sakit la… buat la elok2… last2 diorang panggil another doktor… dia cucuk sekali je dah OK… tension aku… Then diorang bagi aku minum susu… Aku tido sampai kul 10am… Selalunya lepas bersalin je diorang terus hantar ke wad… tapi aku tak… diorang takut aku bleeding lagi… 10.30am baru la aku dihantar ke wad balik… Masalah lagi sebab attendant tu xnak hantar aku ke bilik aku dia kata aku xbayar.. so aku kena pegi 3rd class… aku kata aku dah ada bilik la… Dia dgn muka selamba jer antar aku ke 3rd class …. Tension aku… Aku dah malas nak bertekak…. aku pun tepon Makcu and suruh dia bawa brg2 aku ke wad baru aku… punyala ramai… siap ada student lagi… aku pun dijadikan sebahagian dari pelajaran baru diorang… Sedey….
Petang tu nurse Tanya aku nak balik ke? Dengan confidentnye aku kata nak…. Tapi masa aku nak balik tu diorang kata muka aku pucat sgt… aku kata aku penat je sebab xtido satu hari… tapi sebenarnya aku berdiri pun xleh… pening…diorang xperasan aku ada anaemia Tp nak kluar punya pasal aku buat2 sihat…Hehe…

** Gambar nanti la aku upload… xde masa laa…