Friday, November 09, 2007

EXPERIENCE

Aku nak bagitau yang aku dah selamat melahirkan anak kedua aku pada 10 September 2007 bersamaan 28 Syaaban 1428 hari Isnin….(lagi 3 hari nak pose…. Jenuh la aku nak kena ganti…Ingat nak start next week..HUHU)
Yang pastinya kelahiran kali ni memang meninggalkan kesan yang paling dalam buat aku… Aku due 9 September but 2 weeks before aku dah turun darah… Everyday kene pegi check…. Itu yang buat aku xtahan tu… malas betoi… tapi aku rela berulang-alik ke hospital dari duduk kat hospital tu… Aku plan nak bersalin kat KL dulu and after the delivery baru nak balik Ipoh… Tapi xjuga bersalinnya… Then aku kata balik Ipoh le… Kot la boleh bersalin awal… but only after 1 week di Ipoh baru aku deliver…
Mulanya aku nak bersalin kat PUSRAWI Ipoh… sama macam my first baby but sume kata membazir je… Makcu (my aunty) kebetulan keje kat Maternity Ward and dia kata don’t worry she can take care of me… Nakia pun kata OK… so dengan xberapa confidentnya… aku pun agree ….. Pagi 9 September tu aku dah rasa kuat sikit… tapi muka aku masih lagi selamba… Mama xconfident pun tgk aku… Ye ke nak bersalin dia ni… tapi aku memang camtu… Masa Hakimi dulu pun aku boleh lagi gelak2 rupa2nya dah nak bersalin…hehe… So aku dengan muka toya pun pegi la ke Hospital lepas lunch… My first impression pun dah xbest… Mana taknya… nurse tu interbiu aku memacam… Agaknya dia tgk muka aku macam xnak bersalin lagi kot… Only after Makcu datang baru la diorang layan aku dengan baik sekali… Bila doktor check dia kata dah buka 2cm… so kene rehat kat wad dulu… kalau esoknya xbersalin gak dia akan induce… Makcu dah sediakan bilik untuk aku… Bilik tu ada 2 katil but aku sorang jek… Bosan giler… Magazine pulak lupa nak bawa… Hakimi menangis suruh aku balik rumah… siap cakap…”Mama balik la… rumah Tok cantik… hospital ni xcantik…” Huhu.. memang la xcantik… banyak nyamuk lak tu… Lps maghrib aku kluar pegi tgk TV… gambar xcantik… tapi kul 9.30pm dah kena halau masuk bilik… huhu… tapi sempat la aku sembang dgn sorang India ni.. dia dah 2 minggu kat sana… and she said that nurse yang duty malam ni problem… Hmm…
Assigned nurse aku OK la… apa ntah nama dia aku lupa… Dia kluar dari bilik aku kul 11.30pm… aku langsung xleh tdo… Lapar… sib baik ada roti…. Makan la dulu… pukul 3 lebih aku dah rasa sakit aku pegi cari nurse cakap aku sakit… Sumer nurse tdo except satu nurse tu… Dia bawak aku pegi bilik hujung sekali… kira-kira 100 meter la… Bila buat VE dia kata lambat lagi… xbukak pun… aku heran gak.. tadi doktor kata dah bukak 2cm… xkan dia tutup balik…. Hmm… aku diam jek… Aku langsung xleh tdo lepas tu… Kul 5am aku dah rasa sakit yang kerap… aku xlarat nak pegi carik nurse… so aku tekan loceng… xde sorang pun datang… Aku ingat loceng kat katil aku rosak… aku pun pelan2 pegi katil sebelah… tekan loceng… tunggu punya tunggu xjuga dtg… Aku dah mula terasa resa nak bersalin… Aku dah xleh nak buat apa dah… nak keluar pun xlarat… Masa tu aku sedih sangat … apalah dosa aku sampai xde org pedulikan aku… Aku dah mula mengerang… kuat kot sampai ada sorang patient bilik sebelah Tanya kenape… aku minta dia tolong panggilkan nurse… She did… but aku sedih bila aku dengar one of the nurse (Indian) tu cakap “ Apa dia nak… dia lambat lagi nak beranak… Asyik panggil je…” Aku kumpul tenaga and jalan keluar pelan2… aku cakap dgn nurse aku dah sakit… darah dah kluar byk… and nurse tadi tu suruh aku blk bilik and cakap belum lagi laa… “dah penah beranak pun xtau lagi ke sakit ke tak” katanya. Aku xpeduli aku jalan juga pelan2 sambil pegang dinding…. And assigned nurse aku kata bilik tengah dah penuh and suruh aku pegi bilik hujung tu… Dia kata “Xpe jalan jauh ckit nanti boleh cepat bersalin… pelan2 katanya lagi… Tuhan je tau masa tu… Dalam 10meter lagi aku dah xboleh and aku bgtau dia aku xleh jalan lagi… Time tu baru la dia pegi carikan wheel chair utk aku… Sampai bilik tu dia suh aku baring nak buat VE la konon… Baru selak sikit and nurse tu cakap tunggu kejap ye… and pesan jangan teran.. kalau sakit tarik nafas dlm2… Ya Allah… dia nak pegi mana lagi… aku dah xleh…. Tapi kejap je lepas tu dia dtg blk dgn troli and sorang lagi nurse… Bagai lipas kudung diorang bawak aku ke wad bersalin sambil jerit…. Tepi..tepi…fully..fully… Baru diorang tau… ingat aku memain ke…Huhu… Bila dah sampai bilik lak xready lagi… ada sorang doktor pelatih (Cina) terkial2 handle aku… siap kena marah dgn nurse lagi doktor tu… “Doktor cepat la doktor… patient ni dah nak beranak la doktor” Aku tengok jam pukul 6.50am masa tu… Diorang amik masa dalam 7 minit nak sediakan sume peralatan… Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki pada pukul 7.04am … Ahmad Iman Hazimi… berat dia 3.45kg… lagi berat dr abgnya… tapi perut aku kecik je… masa Hakimi dulu perut aku besar… Once dia lahir je aku rasa lega… Doktor suruh aku dukung… Aku rasa nak nangis… AKu ingat dah settle… rupanya xabis lagi… They cannot stop the bleeding….. Dah lama aku anemia… Aku dah lembik… then ada bidan tu dia kata doktor pelatih tu xleh handle… nanti aku lagi teruk… Dia jahit dalam and luar…. Makcu datang and cakap memang jahit banyak…Huhu… Benang lak asyik putus je… Tension aku… Tengah bidan tu jahit aku… doktor tadi nak masuk drip sebab muka aku dah pucat sgt… 6 kali cucuk xleh gak… aku rasa nak terajang je … sakit la… buat la elok2… last2 diorang panggil another doktor… dia cucuk sekali je dah OK… tension aku… Then diorang bagi aku minum susu… Aku tido sampai kul 10am… Selalunya lepas bersalin je diorang terus hantar ke wad… tapi aku tak… diorang takut aku bleeding lagi… 10.30am baru la aku dihantar ke wad balik… Masalah lagi sebab attendant tu xnak hantar aku ke bilik aku dia kata aku xbayar.. so aku kena pegi 3rd class… aku kata aku dah ada bilik la… Dia dgn muka selamba jer antar aku ke 3rd class …. Tension aku… Aku dah malas nak bertekak…. aku pun tepon Makcu and suruh dia bawa brg2 aku ke wad baru aku… punyala ramai… siap ada student lagi… aku pun dijadikan sebahagian dari pelajaran baru diorang… Sedey….
Petang tu nurse Tanya aku nak balik ke? Dengan confidentnye aku kata nak…. Tapi masa aku nak balik tu diorang kata muka aku pucat sgt… aku kata aku penat je sebab xtido satu hari… tapi sebenarnya aku berdiri pun xleh… pening…diorang xperasan aku ada anaemia Tp nak kluar punya pasal aku buat2 sihat…Hehe…

** Gambar nanti la aku upload… xde masa laa…

5 comments:

ronie said...

hmm... same thing happen to rini while she's in labor time... sometimes u really have to deal with it... for the sake of your delivering... biasala tu... i've been there..hihi

kiranakia said...

hmm..maaaf la hezrin..time aku okay je aku beranak kat hospital tu..not doubt that there are lots of mosquitoes in GHI but aku buat2 tak reti jer..selubung penuh bila tido..hehehe..takpa la..mungkin Allah nak duga tahap kesabaran kita tika kita hendak melahirkan hambaNya yang baru ke dunia nie..

wanina_b said...
This comment has been removed by the author.
syahrul rizal said...

tahniah le, sorry aku tak dapat sms hang pun..
apa2 pun tahan le hang kena jaga 3 laki le.

Hezrin Ahmad said...

ape nak buat... dah nasib badan... bak kata sudin.....huhu