Thursday, January 24, 2008

Main Layang-Layang


Semalam cuti Thaipusam... at last KL dapat gak cuti on this day... Xde rancang for any activities for the day bcoz my laling Hubby keje... so operasi mengemas rumah je la... tp umah xla selerak sgt... cuma nk kena sapu jek... lately rambut aku gugur teruk sekali... sebab Hazimi dah mula menyembur... tapi kalau difikirkan... apa significant nya kan.... hmm..
Ptg tgh tgk tv... Heni sms... dia ada kat Metropolitan Park... katanya org xramai sgt mcm last sunday... aku kata malas la... sbb malas nk isi minyak kete... but bila Hakimi tau... dia terus ngamuk nak kesana... Huhu... OKla... kul 6 kitorg 3 beranak gerak ke sana... jalan smooth jek... but ada accident lak exactly sebelum sampai tpt tu... so slow ckit... time nak buat U-turn lak mmg jem la sbb thaipusam xabis lagi... Pak polisi ada... but lepak je kat bwh flyover tu.... akhirnya sampai .... Hakimi la org yg paling seronok... beli layang2 utk dia main... apa lagi berlari la dia... seronok tengok dia... tp kejap je kitorg main... sebab dah nak maghrib... balik... Heni sampai kul 8pm sebab jem giler... aku sampai umah dalam 7.25pm... my hubby pun dah sampai... Sampai je ... Ayah ...ayah... Hakimi main layang2 dgn Uncle DOT.... Sonok... ayah xde... errkkk..

Faizal to carry on singing


PETALING JAYA: He has wept in private, thought of quitting the local music scene and has been absolutely devastated. But now, Faizal Tahir has found a fresh resolve to continue his career as a singer.
“I was totally devastated especially after being dropped from the Anugerah Juara Lagu. But at the end of the day, I have only myself to blame,” he told The Star yesterday.
“And I have had such amazing support from the industry, my family and friends. I am tired of the whole thing and I just want to move on.”
The furore began when Faizal, the runner-up in the One in a Million singing competition, took off his shirt and exposed his chest which was painted with the letter “S” in red – a tribute to his favourite superhero, Superman – during 8TV’s Fourth Anniversary Concert on Jan 13.
The latest punishment for 29-year-old Faizal was being banned from performing at Anugerah Juara Lagu this Sunday, where he was scheduled to perform two songs.
Adding that he was currently able to spend more time with his wife Siti Raihanim Noran and their two children, aged three and one, Faizal said he had “things up his sleeve” such as planning his second album.
“I need to keep up the momentum and be a stronger person,” he said.
He added that his parents had also stood by him through this period although he said they were initially disappointed with him, while his wife supported him.
Faizal has publicly apologised for his stunt.
He has been banned by the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) from appearing in entertainment programmes.
Subsequently, 8TV announced that it would freeze royalties from his album sales and concerts.
MCMC also revoked its approval given to 8TV to air telecasts of concerts and entertainment shows. It will also not approve any applications for such programmes for the TV station for three months, beginning Jan 15.
** Amacam ni... AJL tanpa FT...xbest laa.... Kata nak ganti Fiq... xkan sama.... Huhu

Wednesday, January 16, 2008

DENDA


PETALING JAYA 15 Jan. – Gara-gara membuka baju ketika menyanyi pada persembahan pentas yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV pada Ahad lalu, Faizal Tahir didenda melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh enam bulan mulai hari ini.
Menurut Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainal, hukuman itu diputuskan oleh 8 Unit iaitu syarikat pengurusan di bawah 8TV yang menguruskan penyanyi itu bagi memberi pengajaran kepadanya.
Beliau berkata, 8TV memohon maaf atas perbuatan salah laku artisnya (Faizal Tahir) semasa konsert ulang tahun keempat Ahad lepas.
‘‘Kami terperanjat atas tindakan spontan Faizal itu hingga ia menimbulkan pelbagai reaksi dan menerima kritikan hebat daripada orang ramai.
‘‘Kami tidak memandang ringan perkara ini kerana ia juga melibatkan reputasi 8TV sebagai sebuah stesen TV bandar. Kami berharap insiden seperti itu tidak akan berulang lagi,’’ katanya pada sidang akhbar di Sri Pentas TV3, Bandar Utama di sini hari ini.
Ahad lalu, finalis rancangan realiti televisyen (TV), One In A Million itu menggemparkan rakyat Malaysia apabila dia bertindak membuka baju semasa mengadakan konsert ulang tahun keempat 8TV itu di Central Park Avenue di sini.
Malah, Faizal yang juga bapa kepada dua anak itu turut mengecat dadanya dengan huruf ‘S’ yang merujuk kepada superhero idolanya, Superman ataupun Smallville yang merupakan sebuah rancangan TV kegemarannya.
Sementara itu, Faizal secara peribadi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana aksinya yang keterlaluan itu sambil menafikan bahawa dia dipengaruhi arak dan dadah ketika mengadakan persembahan tersebut.
‘‘Saya bukan sahaja tidak dipengaruhi arak ataupun dadah pada persembahan itu, malah rakan-rakan sebaya saya juga tidak mempengaruhi saya berbuat demikian.
‘‘Saya berbuat begitu (membuka baju) kerana mahukan keseronokan tetapi saya salah perkiraan dan tidak pula mempertimbangkan tindakan saya itu dengan tepat.
‘‘Malah, saya juga tidak terfikir untuk merancang kontroversi (dengan cara membuka baju). Saya akui itu memang kesilapan saya,’’ ujarnya yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana.
Dia yang mengaku serik dengan aksinya itu, pernah mendapat kritikan pedas kerana melakukan aksi dan lagak liar ketika muncul secara langsung menerusi rancangan Muzik-Muzik peringkat separuh akhir baru-baru ini.
Selain para peminat, Faizal yang bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone Records tidak menafikan bapanya turut kecewa dan terkilan dengan insiden tersebut.
‘‘Bapa saya sendiri tidak menyangka saya akan membuka baju pada konsert itu. Beliau berasa kesal dan menasihati saya supaya mengambil insiden itu sebagai suatu pengajaran,’’ katanya.

**Nota Kaki: Aku tengok show tu wif Hakimi...... Aku and Heni siap sms mengatakan yang FT mesti kena kutuk la kali ni... Tapi masa dia buat slide aritu aku xrasa lak over... but not this time la Bro.... Aku tanya Hakimi... Apala FT ni bukak2 baju... Hakimi reply.... Xpe mama Hakimi suka... Hakimi nak baju FT... nape dia xbagi Hakimi... dia bagi olang (orang sebenarnya...PELAT) tu... Xpe ar nanti kita pegi tgk FT kat AJL.... Aunty Nyanyah (Heni) dah dpt tiket.... kita pegi mintak FT baju SUPERMAN...satu...SIAPPPPP

Wednesday, January 09, 2008

HAPPY NEW YEAR

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Tuesday, January 08, 2008

Tuna Cheese Muffin


Semalam kelas start... aku pegi tapi menghabiskan duit minyak aku je sebab xde lecturer... so b4 maghrib aku balik umah.... hujan lebat giler... means xleh nak kuar mkn with my family... so aku pegi 711 beli roti n tuna... roti tu buat makan dengan burger... and tuna tu buat muffin... new resepi yang aku dapat... tapi penimbang aku dah tercabut jarumnye... so aku main agak2 je volume tepung dia... and the resepi guna mozarella cheese... tapi aku tukar cheddar cheese... sedap jek... nanti boleh buat lagi... Nak resepi kalu...kontek ar.... but Hakimi xmakan pun either muffin or burger... sebab dia dah mkn 7 keping cheese, susu chocolate dutch lady sekotak n calsiyum 2...huhu... sekali hadap macam ni...bengkok la mama dia.

Wednesday, January 02, 2008

Periuk Kukus


Akhirnya.... dapat gak aku periuk kukus ni... Dah lama plan nak beli... sebab resipinye dah beratur dah.. dengan ada nya bende ni...hehe maka akan bermulalah operasi malam ni.... oops... gas lak dah abis....huhu.. so kene tunggu lagi le nampaknya...