Wednesday, January 16, 2008

DENDA


PETALING JAYA 15 Jan. – Gara-gara membuka baju ketika menyanyi pada persembahan pentas yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV pada Ahad lalu, Faizal Tahir didenda melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh enam bulan mulai hari ini.
Menurut Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainal, hukuman itu diputuskan oleh 8 Unit iaitu syarikat pengurusan di bawah 8TV yang menguruskan penyanyi itu bagi memberi pengajaran kepadanya.
Beliau berkata, 8TV memohon maaf atas perbuatan salah laku artisnya (Faizal Tahir) semasa konsert ulang tahun keempat Ahad lepas.
‘‘Kami terperanjat atas tindakan spontan Faizal itu hingga ia menimbulkan pelbagai reaksi dan menerima kritikan hebat daripada orang ramai.
‘‘Kami tidak memandang ringan perkara ini kerana ia juga melibatkan reputasi 8TV sebagai sebuah stesen TV bandar. Kami berharap insiden seperti itu tidak akan berulang lagi,’’ katanya pada sidang akhbar di Sri Pentas TV3, Bandar Utama di sini hari ini.
Ahad lalu, finalis rancangan realiti televisyen (TV), One In A Million itu menggemparkan rakyat Malaysia apabila dia bertindak membuka baju semasa mengadakan konsert ulang tahun keempat 8TV itu di Central Park Avenue di sini.
Malah, Faizal yang juga bapa kepada dua anak itu turut mengecat dadanya dengan huruf ‘S’ yang merujuk kepada superhero idolanya, Superman ataupun Smallville yang merupakan sebuah rancangan TV kegemarannya.
Sementara itu, Faizal secara peribadi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana aksinya yang keterlaluan itu sambil menafikan bahawa dia dipengaruhi arak dan dadah ketika mengadakan persembahan tersebut.
‘‘Saya bukan sahaja tidak dipengaruhi arak ataupun dadah pada persembahan itu, malah rakan-rakan sebaya saya juga tidak mempengaruhi saya berbuat demikian.
‘‘Saya berbuat begitu (membuka baju) kerana mahukan keseronokan tetapi saya salah perkiraan dan tidak pula mempertimbangkan tindakan saya itu dengan tepat.
‘‘Malah, saya juga tidak terfikir untuk merancang kontroversi (dengan cara membuka baju). Saya akui itu memang kesilapan saya,’’ ujarnya yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana.
Dia yang mengaku serik dengan aksinya itu, pernah mendapat kritikan pedas kerana melakukan aksi dan lagak liar ketika muncul secara langsung menerusi rancangan Muzik-Muzik peringkat separuh akhir baru-baru ini.
Selain para peminat, Faizal yang bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone Records tidak menafikan bapanya turut kecewa dan terkilan dengan insiden tersebut.
‘‘Bapa saya sendiri tidak menyangka saya akan membuka baju pada konsert itu. Beliau berasa kesal dan menasihati saya supaya mengambil insiden itu sebagai suatu pengajaran,’’ katanya.

**Nota Kaki: Aku tengok show tu wif Hakimi...... Aku and Heni siap sms mengatakan yang FT mesti kena kutuk la kali ni... Tapi masa dia buat slide aritu aku xrasa lak over... but not this time la Bro.... Aku tanya Hakimi... Apala FT ni bukak2 baju... Hakimi reply.... Xpe mama Hakimi suka... Hakimi nak baju FT... nape dia xbagi Hakimi... dia bagi olang (orang sebenarnya...PELAT) tu... Xpe ar nanti kita pegi tgk FT kat AJL.... Aunty Nyanyah (Heni) dah dpt tiket.... kita pegi mintak FT baju SUPERMAN...satu...SIAPPPPP

No comments: