Thursday, April 17, 2008

BEBAS AKHIRNYA

Semalam aku half day sebab bawa Hakimi jumpa dengan SuperFaizal dia..... hehe aku tumpang glamer... over all aku tengok dia mmg happy... nanti la aku post gambar2 dia... bz skrg ni....


Superman Hakimi pun terselit.....hehe....

Faizal 'bernyawa' semula teruskan kerja seni selepas tiga bulan tak boleh muncul di televisyen NAFAS dihela panjang oleh Faizal Tahir, 30 selepas bebas secara rasminya pada 16 April 2008. Bernoktah sudah hukuman 'gantung'nya daripada muncul membuat persembahan di televisyen selama tiga bulan rentetan tindakan keterlaluannya membuka baju ketika berlangsungnya ulang tahun ke-4 8TV, Januari lalu. Bersempena meraikan 'pembebasan' Faizal, Hotfm dan saluran 8TV menjadi media pertama mengadakan segmen 'Super Faisal di konti radio Hotfm'. Acara itu disiarkan secara langsung di stesen radio Hotfm, 8TV, laman web Hotfm (www.hotfm.com.my) dan melalui telefon mudah alih. Lima peminat bertuah yang dipilih melalui laman web stesen radio itu turut berpeluang beramah mesra sambil menanyakan apa saja bentuk soalan kepada Faizal. Penyampai radio, Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga berkesempatan menemubualnya menerusi segmen kendalian mereka iaitu, Hotfm AM Krew.
Sepanjang tempoh tiga bulan dikuarantin, Faizal juga terbabit dengan aktiviti amal. Biarpun hukuman itu sudah selesai, penyanyi itu menegaskan, aktiviti amal akan tetap diteruskannya sekurang-kurangnya sebulan sekali. Mengakui kesilapan lalu memberi satu terjemahan yang mendalam, ia juga memberi kematangan dan dorongan pada dirinya untuk lebih berhati-hati pada hari mendatang. Niatnya hanya satu, ingin menyumbang sesuatu yang boleh dibanggakan untuk industri negara kita. Saya agak gementar bercampur gembira selepas 'bebas' pada hari ini. Syukur akhirnya saya Terasa diri macam baru 'keluar daripada penjara'. Tiga bulan disisihkan dari muncul membuat persembahan daripada sebarang program TV satu pengalaman besar. Kini saya kembali bernyawa, segala perasaan mengatasi segala-galanya. Niat dan keinginan saya ialah ingin terus menyumbang sesuatu untuk industri seni negara kita. "Saya akui natijah yang saya hadapi selama ini, silap saya sendiri. Cemuhan dan teguran masyarakat saya jadikan tembok kekuatan. Saya tidak boleh terus larut menjadikan stigma negatif itu sebagai alasan untuk terus bersedih dan tidak berusaha memperbaiki kesilapan. Yang pasti apabila orang menegur saya, mereka mengambil kisah tentang saya," katanya yang kembali menjadi pengacara Gangstarz musim kedua bersama Fara Fauzana.

"Saya akan mula risau apabila orang tidak mengendahkan (menegur) saya. Ironinya saya masih seperti dulu akan terus memberikan persembahan yang bertenaga ditambah dengan gimik menarik, cuma saya perlu akur dengan batasan dan kekangan yang harus saya hormati. "Insya-Allah, saya akan terus melakukan aktiviti amal sekurang-kurangnya sebulan sekali," sambungnya lagi. Ditanya apa yang cukup terkesan di sanubari hatinya akibat hukuman yang harus dijalaninya? Jelas Faizal dalam nada sayu, semestinya tidak dapat melunaskan tanggungjawab melantunkan lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lalu meninggal kesan cukup besar pada dirinya.
Namun, dia enggan statik dalam merencanakan kerjaya seninya. Dia banyak menghasilkan lagu untuk beberapa penyanyi tanah air. Hasratnya untuk bergelar pemuzik berbanding penyanyi ingin direalisasikan. "Paling memberi impak dan rasa ralat di hati ialah apabila saya harus akur menerima hukuman untuk tidak melakukan persembahan semasa AJL yang lalu. Bayangkan itulah tahun pertama saya menyertai pertandingan itu, namun saya tak berpeluang melakukannya gara-gara hukuman yang saya perlu jalani. Ketika itu, saya sebenarnya sudah bersedia untuk beraksi di AJL, tetapi penyertaan itu ditarik balik. "Sepanjang menjalani hukuman, saya terbabit dengan pra-produksi untuk Gangstarz musim kedua, saya mengikuti perjalanan uji bakat peserta yang datang. Selain itu, saya sibuk dengan aktiviti menggubah lagu untuk beberapa penyanyi seperti Badri My Star LG, Fiq, Bob, Fazli Zainal, Maya Karin dan Alif OIAM. "Selain itu saya belajar selok belok penerbitan lagu dengan Audi Mok. Saya juga dalam proses mengumpul material lagu untuk album kedua (selepas album Aku. Muzik. Kamu). Jika tahun lalu, saya lebih dikenali sebagai penyanyi, tahun 2008 saya mahu meneroka dan mencipta nama sebagai pemuzik pula," kata Faizal yang turut tercalon beberapa kategori untuk Anugerah Planet Muzik dan Anugerah Industri Muzik pada tahun ini. Sementara itu, lima peminat bertuah yang berpeluang mendekati Faizal ialah Ahmad Shakirin Zainal Abidin, Suzeliana Muhd Othman, Suhaiza Adnan, Rozaina Masran dan juga peminat ciliknya berusia tiga tahun iaitu Ahmad Iman Hakimi. Faizal turut menghadiahkan mereka baju T berlambang Superman kepada peminatnya. Istimewa juga untuk pendengar Hotfm, Faizal menghadiahkan sebuah lagu berjudul Sampai secara akustik diiringi petikan gitar olehnya sendiri. Ahmad Faizal Mohd Tahir Panggilan: Faizal Tarikh Lahir: 26/10/78 Umur: 30 Asal: Ampang, Selangor Tinggi: 170 sm Pendidikan: Diploma Sebaran Am Universiti Teknologi Mara, Shah Al Anak: Mikail Zidane, 3 dan Siti Raudah Nur Iman, 1.

1 comment:

Shakadal said...

Attention! See Please Here