Thursday, January 28, 2010

Kek Kukus Derhaka


Kek yang sempat Rin buat mlm semalam.... hahah... pelik kan nama kek ku kali ni..... ada kisah ok... nama sebenarnya adalah Kek Kukus Alwani... tapi Rin dah menderhaka terhadap resepi asal.... resepi dari Dayangjack then Kak Ummi pulak wat... tengok mmg la cantik... tapi Rin memang la lemah terhadap kek lapis... selalu je xjadi... walaupun rupa kek yang Rin wat  xmenarik... rasanya sedap ok... nak ke... sori dah habis...hehe....so Rin letak la resepi kat sini ye... cnp je ye...

1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks (original)
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus (Rin guna gula perang)
200 gm marjerin (Rin guna mentega)
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam (Rin pakai coklat Cadbury)
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna oren, hijau dan merah (Rin pakai pewarna pink n nescafe)
Cara-cara:-

Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
Masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya.
Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.

***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.


No comments: