Wednesday, February 03, 2010

Breakfast Hari Ahad

Xde masa nak update... actually ni breakfast kami hari Ahad lepas.... Rin cuma buat Roti Telur and homemade nugget.... resepi roti telur xyah la letak ye.... Rin cuma bagi resepi nugget.... Effi amik la resepi... pastu wat nugget jgn makan sensorang.... bawak pegi kelas ye....hehe

Ni la rupa homemade nugget yang Rin wat... konon nak wat cam chicken ball but uli xbetul2 bulat...heheh

Bahan-bahan :

300-400 g isi ayam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 biji telur (dipukul sedikit)
2-3 sudu besar tepung kentucky
breadcrumbs
(** utk chicken fingers tu Rin tambahkan sedikit paprika n serbuk cili bersama2 dgn breadcrumbs)

Cara-cara :

1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam sampai sebati.
2. Then Rin bentukkan isi ayam tadi macam chicken ball dgn chicken fingers.
3. Pastu salutkan dengan tepung baru celupkan ke dalam telur.
4. Kemudian golekkan dgn breadcrumbs.
5. Simpan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan dlm 30 minit dalam fridge.
6. Dah boleh goreng....

No comments: