Wednesday, February 03, 2010

Heavy Breakfast

Last Friday Rin buat Nasi Beriyani and nak wat Ayam Goreng Beriyani but nasi je sempat masak....walaupun  dah siap sume... malas le pulak nak goreng ayam.... so terbiarlah dia dlm fridge overnight.... esok pagi baru la goreng... tp mmg sedap sebab bhn2 dah well blend dgn ayam tu... so panaskan je la nasi tu balik.... So inilah breakfast kami Sabtu lepas... very heavy kan... Nasi beriyani n Ayam goreng beriyani... lepas je breakfast terus balik Ipoh... kali ni xpegi umah my parents... pegi Silibin je umah my brother in law sebab mak mertua ada di sana... dia xberapa sihat..... my MIL sekarang ada di KL stay dgn my SIL kat Kerinchi....

Nasi Beriyani
(Rin cnp dr chef cyber terkenal...CMG)

BAHAN-BAHAN

1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan (Rin xletak xde stock)
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus* (Rin xletak)
30 g kismis*(*dikisar halus) (Rin xletak)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan (Rin pakai badam hiris je ... itu je yg ada)
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2* (Rin xletak gak)
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul (Rin xletak gak)

CARA MEMBUATNYA :-)

LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.
LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan.

Ayam Goreng Beriyani


BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 peket perencah nasi goreng beriyani MAGGI
3 sudu cili mesin
1 sudu serbuk kunyit
5 sudu tepung Kentucky
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci halia ditumbuk
garam secukup rasa

caranya:

senang je..... gaulkan ayam dgn kesemua bahan hingga sebati then perap la dlm 1 jam and then dah boleh goreng...

2 comments:

azieazah said...

Kak Azie beli ramuan segera Nasi Beriani, tp dah berbulan dalam peti beku... tak buat buat pun lagi.. aduh

Hezrin Ahmad said...

heheh... apalagi kak... wat la mlm ni... sonang yo..