Thursday, July 29, 2010

Buttered Prawn


Bahan-bahan:


3 biji kuning telur - dipukul
8 ekor udang besar
3 biji cili api - dipotong kecil
2 tangkai daun kari
sedikit susu cair
sedikit garam
sedikit gula
mentega
minyak

1. Masukkan sedikit minyak (dalam 3 sudu besar) dan mentega (dalam 4 sudu besar) dalam kuali. Jangan letak mentega saja nanti cepat hangus. Pastikan minyak dah betul-betul panas. Bila dah panas, turunkan telur perlahan-lahan sambil sebelah tangan lagi memutarkan telur itu tanpa henti (non stop high speed). Masak sehingga telur bertukar warna kecoklatan. Angkat dan toskan. Biar sejuk.

2. Goreng udang besar sampai masak & angkat.

3. Tumiskan cili api dalam minyak & butter yang dipanaskan terlebih dahulu. Masukkan daun kari (buang batangnya). Biar sampai layu sedikit. Masukkan sedikit susu cair, garam & gula. Masukkan udang. Kacau selama beberapa minit. Angkat.

4. Gaulkan udang dengan telur yang telah digoreng tadi.

Ni wat utk dinner semalam... my 1st attempt wat buttered prawn and en hubby sangat suka and ckp sedap... sila buat lagi ....huhu

2 comments:

azieazah said...

Hai RIN... sihat?

ehhh gitu rupanya buat Buttered Prawn. Selama ni dok ingat goreng gitu jer dgn butter. Rupanya ada telor sekali..

yummy!

Hezrin Ahmad said...

alhamdulillah kak...

hehe... telur tu hiasan je kak...