Monday, August 23, 2010

Iftar 13

Arini xberapa nk sihat rasanya..... pening pale... Hakimi lak request nasi ayam je.... lagi la senang citer... so xde la kuih arini ye mr hubby... tp licin... hubby ni bkn la penggemar ayam... tapi arini dia mkn 2 ketul la pulak... sedap katanya...hehe.... nak resepi ke.... ni amik le...

NASI AYAM SUNQUICK



BAHAN UNTUK NASI:-


4 pot beras
4 1/2 pot air rebusan ayam
2 inci halia
2 biji bawang putih
2 sudu besar Kordial Oren Sunquick
Sedikit garam

BAHAN UNTUK AYAM:-

1/2 ekor ayam
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar Kordial Oren Sunquick
1 sudu besar madu
sedikit kiub ayam

BAHAN UNTUK SUP:-

Air secukupnya
2 biji bawang putih dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 inci halia dihiris

CARA-CARA:-



Mula2 buat air rebusan ayam... masak hingga mendidih. Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit dan angkat ayam tadi dan toskan. Baki sup tu Rin letak sedikit garam dan kiub ayam. Tumis darat bawang putih, bawang merah n halia hingga kekuningan dan curah atas kuah sup.


Masukkan minyak sapi dalam periuk elektrik, biar ia mencair, masukkan 4 serangkai kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Biar naik bau kemudian masukkan beras, sunquick, sedikit garam dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasik masak.

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu bekas. Masukkan semua bahan2 ...kacau2 rata dan perap 1/2 jam. Selepas ayam diperap, bolehlah goreng tp jgn terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

** Rin xwat sos cili or kicap... terus wat sambal kicap... memula rin goreng sekejap cili api dan bawang putih dgn sikit minyak.... angkat then tumbuk... masuk kicap dan gula... siap le...

No comments: