Thursday, August 26, 2010

Iftar 15


dah akhir bulan.... poket bocor... makan loti lorrr..... hehe...
ni resepi.... lama dah Rin copy katne ntah dah lupa....huhu

BAHAN-BAHAN:-


400 g tepung roti
6 g garam
4 g bread improver
5 g bread softerner
80 g gula halus
11 g instant yis
1 biji telur gred A
190 ml air
30 g mentega
30 g shortening

CARA-CARA:-
Satukan semuanya kecuali mentega dan shortening kedalam mangkuk, uli sampai jadi doh, tambah shortening dan mentega, terus uli hingga doh jadi lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.

KAEDAH LAIN :-
Masukkan semuanya dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...

Bahagikan doh tadi kepada 16 bahagian. Letakkan inti di tgh.

Bila siap alihkan ke dalam dulang yang cupcake dan letak kertas cawan. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
BAHAN INTI:-


2 biji kentang yang telah didadu
Isi Ayam dikisar
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang halus
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:-
1.UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam (jika guna) bersama air. Masak hingga terbit minyak. Masukkan ikan tuna dan kentang, gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

**ekceli smlm ada order Roti Ayam so wat le lebih sikit.... sikit je.. 4 biji... 1 utk I, 1 utk Hazimi & 2 utk hubby.... Hakimi makan apa...

Dia makan nasi mentega dgn ayam goreng...hehe... sume tu dibedalnya... tinggal 3 ketoi je...huhu... then makan biskut oreo, cheese, minum susu, roti coklat 2 bungkus, roti gardenia 3 keping... isk perut apa tu...itupun duk ckp lapar lagi....huhu.... kejut sahur xnk lak... tp bila bgn pagi kita lak kena marah sebab xkejut dia sahur....huhu

Sahur kami sambal ayam je.... xyah la resepi ye... sume tau wat ni masih buntu... arini ada kelas...owh buntu2.... mau masak apa ni

No comments: