Saturday, August 28, 2010

Iftar 17 & Sahur 18


smlm still xtau nak watpe for iftar... musketeers kata nak mee..... so wat la Mee Bandung....then ada lagi stok kulit wantan... watla wantan goreng... selalunya Hakimi xmkn wantan tapi semalam dia lak nak konker sume.... boleh katakan sume dia yg habiskan...itula dulu2 xnk cuba... stok dah habis and dia suh beli lagi and wat lagi arini...adoiii...

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)


BAHAN-BAHAN:-

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.

Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

CARA-CARA:-

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Wantan Goreng

BAHAN-BAHAN:-

Kulit Wantan
Sedikit isi ayam dikisar
sedikit lada putih
sedikit garam
sedikit daun bawang dihiris halus

CARA-CARA:-

Gaul isi ayam, lada putih, garam  dan daun bawang hingga sebati.
Ambil kulit wantan dan letak sedikit isi ayam.
Letak sedikit air dikeliling kulit wantan dan lipatkan membentuk segitiga atau ikut la bentuk yg disukai.
Goreng hingga kekuningan. Jangan guna api besar nnt xmsk lak ayam kat dalam tu.
Siap untuk dihidang.


Sahur lak hubby dah bgn dulu and makan nasi goreng telur je... Rin still xleh nak bgn sebab si kecik ni menyusu and xnk lepaskan.... huuhuu.. bila Rin bgn pun citer Nur Kasih  dah nak habis...ingat nak makan ubat je but hubby suh mkn sikit... nak makan nasi mmg dah xsempat... makan cornflakes dgn susu je la... gambar pun rin pinjam uncle google... ye la dah lambat xkan sibuk nk amik gambar lagi...huhu... adoiii... arini nak masak apa lak... xreti...xreti... penat la nk pk...

2 comments:

azieazah said...

Kak Azie nak cuba la masak wantan tu. Kat mana nak cari kulit wantan tu ek?

Hezrin Ahmad said...

kat tesco giant ada jual kak.... carik kat tempat tauhu