Saturday, August 14, 2010

Iftar 3 - Ala Pizza Hut

Alhamdulillah Hakimi dah puasa 3 hari.... so smlm dia request iftar mcm mkn kat Pizza Hut.... so ada x mcm mkn kat sana ...hehe... this is my first attempt buat pizza.... yesterday my sis dtg kjp utk amik some things.... masa tu cik BM tgh wat keje.... i ask her whether dia nk iftar skali but xleh ktnya... nk blk dlm kul 5 coz hubby dia blk for iftar....owh ok... then dia tanya sempat x pizza siap.... xsempat... so give her versi xbakar and suh dia bkr sendiri kat umah...... alhamdulillah diorg sume suka.... hubby pun ckp 83% sama... so I lulus la katanya... yg lg 17% tu pun sbb the pizza ingredients i xletak such as nenas, olives, capsicum and apa ntah lg disebutnya...huhu

Ni versi sebelum dibakar... dah sendiri mkn... maka cheese pun lebey la... smpai habis sepeket Rin kerjakan....muahaha

Versi sesudah dibakar..... ish lupa lak nk posing masa pizza diangkat... cheese berlambak mmg la mcm getah chewing gum tu.....hehe... resepinye....

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PIZZA :-


1 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan cili kering kisar
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-

300 g tepung roti
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur masa nak bentuk pizza

BAHAN-BAHAN HIASAN PIZZA:-

3 batang sosej ayam dihirismenyerong
4 hirisan gegelang red capsicum
1 biji bawang besar dihiris bulat
175 g shreaded keju mozzarella... tapi Rin letak satu peket...hehe

CARA MEMBUATNYA :-)


1. UNTUK SOS PIZZA :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih sampai harum, masukkan cili kering kisar, tomato sos dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan tomato tadi. Tambah herba oregano dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.

2. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

3. UNTUK PIZZA:- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan dulang pembakar and sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.


Calamari ring.... ni pun dah brpa x kena kidnap dgn hazimi yg xpose

BAHAN-BAHAN:-

300 g sotong besar, bersihkan
½ sdt garam halus
½ sdt lada putih
Minyak untuk mengoreng

LAPISAN:-

50 g tepung gandum
50 g tepung jagung

CARA-CARANYA:-
1. Potong membulat sotong. Bumbu dengan lada putih dan garam. Perapkan selama15 minit agar bumbu meresap.
2. Celupkan potongan sotong ke dalam campuran tepung gandum dan tepung jagung hingga seluruh permukaan sotong terselimuti tepung.
3. Panaskan minyak, goreng sotong hingga kuning keemasan.


Garlic Bread my version

BAHAN-BAHAN:-

3 ulas bawang putih hiris dadu
3 sudu besar mentega
sedikit daun parsley... tp rin xde... xletak laa

5 keping roti putih dibuang tepi

CARA-CARANYA:-

Campurkan semua bahan dan kemudian sapukan di atas roti. Lepas tu bakar sehingga kuniing keemasan.

Mushroom Soup

BAHAN-BAHAN:-


1500 ml air
500 ml susu segar
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
sedikit garam
1 cawan tepung gandum

CARA-CARA:-
 
1.Panaskan air hingga mendidih
2.Masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3.masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah garam dah siap utk dihidang.
 
Minum la Air Jimi Asmara.... ha yg ni xde kat Pizza Hut yer.....

3 comments:

azieazah said...

Wow!.. memang tabik springg ler dgn RIN ni. Bleh masak pizza hampir sebijik macam kat piza Jahat tuh...

memang bertuah anak-anak dan suami, sebab RIN ni serba boleh masak mcm2 resipi.

Selamat berpuasa buat RIN sefamili.

Hezrin Ahmad said...

adoiii jgn la puji lebih2 kak... kembang montot nnt...hehe
tq kak n selamat berpuasa

Hezrin Ahmad said...
This comment has been removed by the author.