Tuesday, August 17, 2010

Iftar 6

haaa... ni la menu iftar kami semalam...... Hakimi yg request.... Hazimi lak nak Mee Sup... then sms hubby... dia kata dia nk fish n chip... so may be mlm ni la baru masak Mee Sup... Hazimi xpe... dia xkisah... dia xpose... lgpun dia bedal je sume... resepi Rin dpt dari web omputih.... so kalo nak tau best ke x fish n chip ni.... try la wat...

BAHAN-BAHAN:-

4 keping ikan dori
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 cawan tepung (Rin tambah sedikit tepung beras)
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

4 biji kentang dipotong ikut bentuk yang disukai
sedikit tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:-

Perapkan ikan dori dgn garam dan lada hitam selama 15 minit.
Kemudian satukan semua bahan lain dan kacau sebati bancuhan tepung.
Sebelum goreng celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung.
Goreng ikan cara deep fry sehingga garing kekuningan.

Gaulkan kentang dgn tepung goreng serbaguna dan goreng hingga keemasan.

** Rin malas nak buat coleslaw sebab deme xsuka.... hubby je yg makan so letak salad je... sebelum makan perah sikit jus lemon dan leh mkn dgn mayonis, thousand island or sos cili...

No comments: