Wednesday, August 11, 2010

Sahur 1

Layan la sahur kitorang tadi ye... ada gak nak resepi... padahal Rin main campak2 jer...hehehe

Sweet Sour Udang
sedikit minyak
2 ulas bawang putih dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
5 biji cili kering dikisar
2 serai diketuk
sedikit cili benggala dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
4 biji cendawan butang dihiris
2 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
10 ekor udang sederhana besar
sedikit tepung jagung dicampur dgn sedikit air
sedikit daun bawang untuk hiasan...

Caranya:
Tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar, serai.
lps tu masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram
then masuk pula tomato, cili benggala n cendawan
Pastu boleh la masukkan udang...
letak sikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah...
Akhir skali leh masukkan daun bawang untuk hiasan
Telur Goreng Mayonis + Knorr Pasti Sedapp
2 biji telur
1 biji bawang merah
2 biji cendawan butang dipotong kecil2
sedikit daun bawang
1 sudu besar mayonis
sedikit serbuk pati Knorr pasti sedap

Campurkan semua bahan dan pukul hingga sebati... goreng la... mmg la licinnn

No comments: