Monday, November 15, 2010

Ayam Madu

 ok... lunch arini lauk ayam... memula nak wat ayam masak lemak cili api... fav rin ni... especially kalo mama yang masak... owh harini mama n abah akan wukuf di Arafah... semoga mama dan abah mendapat haji yang mabrur....amin.... ok berbalik citer pasal ayam...td jln2 tgk rumah org... jumpa lak resepi dari Dayang.... bhn2 pun ada...kita try la...sedap ler... Hazimi mkn nasi bertambah.... nak resepi... rin cnp je dr rumah Dayang.... kualiti gambo xok...guna hp cap ayam jer

Ayam Goreng Madu Berempah


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
4 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
1 inci halia (ditumbuk) rin xletak... haliaku dah kering rupanya
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato
garam
3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
rin letak bijan goreng sikit

Cara-cara :

Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)

Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan bijan.

Hidangkan panas2 setelah masak.

No comments: