Saturday, December 04, 2010

Kek Paun Susu Pekat

huhu... sungguh xbest bunyinye bila dah ditranslatekan nama kek yg rin wat smlm... hehe.... tp kek ni sgtla sedap especially time panas2... percaya x my 1st batch gone in 15minutes... kena bake lagi satu... oleh sebab umah ni byk hantu choc so kena la derhaka sket kat resepi ye... dah lama nk wat... tgk byk umah dah try.. tp rin amik kat umah Mamafami... so layannn

ni second batch

ni 1st batch

KEK PAUN SUSU PEKAT
Sumber : Ayu

Bahan-bahan :

240g mentega (mama guna majerin Planta je) Rin pakai mentega
60g gula kastor
1/2 sudu kecil garam (mama tak masukkan) Rin pun xletak
304g susu pekat manis
3 sudu teh esen vanilla
240g tepung kek (mama guna tepung gandum saja) Rin pakai tepung superfine
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur (size besar)

Kaedah penyediaan :

- Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
- Masukkan garam dan esen vanilla. Pukul lagi.
- Tuangkan susu pekat manis dan kacau sebati.
- Perlahankan kelajuan mixer anda dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan terus memukul hingga sebati.
- Rin bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian ditambah 1 sudu teh chocolate emulco.
- Kemudian letak ke dalam acuan berselang seli  hingga habis.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180 C selama 45 minit. Jangkamasa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar anda.


No comments: