Tuesday, December 07, 2010

Mexico Bun

Salam Maal Hijrah sume... arini cuti but hubby xcuti... still keje... so kami duk umah je la... ok meh rin citer psl aktiviti smlm.... Dah lama teringin nak wat Mexico Bun... resepi ni dah lama rin simpan... xpasti lak dari mana rin amik... tgk tu punya lama simpan resepi sampai lupa sourcenya... masa bakar tu dah rasa macam duk kat Roti Boy... ya allah berdosanya aku kalo jiran terhidu bau2 best dan aku xbagi pun kat diorg... xpe2 nnt rin wat lagi and bagi u alls yer... smlm 2x bekalan letrik terputus... tgh hari sekali n mlm sekali.. udah jiran international ku bertanya... aduh kot ye pun pakai la suar elok2 ni duk pakai boxer je... aduyaiiii

Yang ada choc chip atas tu with choc filling coz musketeers suka choc

hubby xsuka choc so wat butter fillling

Mexico Bun
Bahan-bahan:-

• Filling  
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

• Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

• Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

Cara-cara:-
1.Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
2.Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
3.Doh Roti
4.Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
5.Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
6.Masukkan telur dan air/susu segar.
7.Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
8.Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
9.Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
10.Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
11.Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
12.Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
13.Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

2 comments:

azieazah said...

Amboiii nama roti jer dah hebat...

Hezrin Ahmad said...

ahaha... entah2 org mexico pun xtau pasal roti ni...