Wednesday, December 22, 2010

Nasi Goreng Kampung



tadi sibuk mengekor en hubby pergi antor order kat KJ... then pegi ke Yen Chowkit... malas nak drive sebab sana parking payah... nak bersilat dgn youngest musketeers lagi...owh tidak... nk xnk kena la ada drebar... sampai umah dah kul 12... cam malas bangat nak masak...huhu...last2 masak Nasi Goreng Kampung jer.... mama suka nasi goreng ni... lepas balik Mekah aritu... inila yang dicarinya...hehe... masa goreng ikan bilis pangkor i tadi... tiba2 teringat my xcolleague yg skrg ni tercampak jauh kat holland nun.... Lily... kat sana xde ikan bilis pangkor...hehe... nampak kuning sikit sebab pakai minyak lebihan goreng ayam... banyak lagi ni sampai ke malam la jawabnya... malam kang nak ke Ikea... agak2 nak x en hubby belikan isterinya ni meatballs....huhu

Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:-

Nasi sejuk
Sambal Belacan
2 biji telur
Ikan Bilis - Goreng dahulu
Garam
Minyak

Cara-cara:-

Tumis sambal belacan hingga garing.
Masukkan telur dan agak-agak garing boleh masukkan nasi sejuk.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Goreng seketika dan kemudian masukkan ikan bilis goreng.

** Rin makan dengan telur mata kerbau and extra ikan bilis goreng.

No comments: