Wednesday, September 14, 2011

Murtabak Paratha

Sabtu lepas kan birthday Hazimi... xwat kek mama wat Murtabak Paratha... mmg suka benor si Hazimi... siap ckp..."Time Kaseh mama sebab wat beday saye.... I love u mama.."... terharu dengor.... wat 4 keping... satu sorang... kejap je licin... Mr Kerk... cukai sikit sorang je la...



siap letak lilin tuh.... ahaha

BAHAN-BAHANNYA :-) 

4 keping pratha instant jenama KAWAN 
Sedikit daging cincang
1 biji bawang besar didadu 
2 ulas bawang putih tumbuk halus 
1/2 camca besar serbuk kari daging 
1/2 camca besar serbuk kurma 
2 biji telur

CARA - CARA :-)
UNTUK INTI :- 
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih tumbuk tadi, tumis sekejap. Tambah rempah kari, kurma dan daging cincang, hancurkan dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak hingga kering, angkat dan sejukkan

UNTUK KULIT :- Panaskan non-stick, masak roti prahta instant tapi jangan garing sangat sementara tu pecahkan telur dalam satu bekas and kacau rata. Masukkan inti tadi dan kacau. Tuang 1/2 dari bancuhan inti atas letak separuh bahagian roti sahaja.  Lipat separuh lagi ke atas bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan masak dengan api kecil. Kemudian terbalikkan dan masak lagi 1-2 minit. 

bday boy

smbil makan choc Patchi...

No comments: