Monday, February 20, 2012

Menu Ahad

Semalam hubby kena pegi site pastu kena amik MIL kat Melaka bawak ke umah abang ipar kat Sg Buaya... so nak masak malas... nak kuar malas... so ini lah hasilnya

Rin xde acuan donut..... wat bulat2 je la..... habis 1/2 kilo tepung...

Donuts Ala-Ala J"Co
Sumber : Loveliana
Bahan A :
850gm tepung high protein
11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
10gm garam (1 camca teh)
600ml air masak suam

Bahan B :
200gm tepung high protein
10gm garam (1 camca teh)
60gm susu tepung
125gm gula castor
2 biji telur saiz kecil
125gm shortening (atau majerin)

Cara-cara :
1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera. 


wat gak ni....

BIHUN GORENG TAUCU

1 peket bihun - direndam lembut/bilas
BAHAN BLEND:
1 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih

1/2 cawan daging
1 keping tofu - di tabur garam kunyit lalu di goreng - potong kecil.
daun kucai 4-5 helai... itu je ada
2 sb sos cili
1 sb sos tiram

2 sb taucu - ditumbuk lumat
sedikit air
sedikit minyak tumis

Cara-cara:
panaskan minyak tumis bahan blend hingga wangi dan sedikit garing masukkan daging. gaul rata. masukkan semua sos, taucu, air, garam. didihkan sekejab.
masukkan bihun gaul rata hingga bihun lembut. 
masukkan tauhu dan kucai. gaul rata.

** Alhamdulillah kenyang kitorg... ni ada lg 1/2 adunan donut rin dah frozenkan.... so menu bekpes kitorg utk beberapa pagi la jawbnye...hehe

No comments: