Friday, March 09, 2012

Tiramisu Kek


Last month ada BOD Meeting... Rin beli sket stoberi.... ada lebih Rin kidnap le bawak balik... tapi idak le ada mood nak wat pape sampai le mlm smlm.... ter merajinkan diri wat Tiramisu Kek.... tapi stoberi udah tgl sket sbb Hafizi tersuka makan stoberi rupanya... yela sebab ni Korean Stoberi yg sgt manis... habis setengah kotak dibedalnya... xpe kang mama pegi MBG lagi beli yer.... ni bawak dtg opis ler bg bekbudak opis makan sebab stoberi ni kan I kidnap...hehe

BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream 
200ml cream cheese 
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau mahu)

CARA-CARANYA:

1) Preheat oven pada suhu 170 darjah celsius.
2) Gunakan elektrik mixer untuk mix butter dengan gula sampai gebu
3) Masukkan telur satu persatu sampai sebati.
4) Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati lagi.
5) Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
6) Sapu loyang @ springform loyang guna butter, tuang bancuhan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7) setelah sponge cake masak, sejukkan sementara. 
8) sementara itu, bancuh nescafe tadi ke dalam 1 cawan air panas.
9) Pukul cream cheese, gula halus dan whipping cream. ( curd dan fresh cream yang ditapis selama 8 jam + gula halus + perahan separuh lime ) sampai kembang.
10) Sponge cake tadi bolehlah dibelah tiga sama tebal.
11) tuangkan bancuhan nescafe menggunakan sudu ke atas bahagian bawah kek tadi.. ( separuh cawan)
12) letakkan bancuhan cream cheese tadi ke atas kek tersebut.
13) letakkan bahagian atas kek ke atas bancuhan cream cheese tadi.
14) ulang balik step tuang bancuhan nescafe dan cream cheese.
15) bolehlah hias kek menggunakan serbuk koko atau choc rice etc.
16) sejukkan kek. Baru sedap dimakan!


No comments: