Monday, April 23, 2012

Xde Tajuk

Rin xbep sihat lately... 3 hari Rin MC dari Rabu sampai Jumaat... sambung cuti Sabtu Ahad.... 5 hari Rin duk umah...baik kan....huhu.... yang sebenarnya tuhan yang tahu betapa boringnye diriku....huwaaaa

ni gambo bila ntah kat Groupbase... adik order bubur.... rasa pelik sebab ada rasa macam pisang goreng...huhu

ni semalam.... rajin Hazimi tolong mama prepare the table for lunch

petang tergoda dgn member FB nye Quiche... so Rin pun godek2 apa yg ada kat umah....

tadaaa.... ni dia dah siap my Roasted Chicken Quiche... Rin amik resepi dari CMG but olah ikut apa mende yang ada kat umah je....

Bahan Pastri :-)
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk bawang putih (optional)

Bahan Inti :-)
1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan (Rin pakai lebihan roasted chicken)
1 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan mix vege (campuran lobak merah, kacang pis dan jagung) (Rin letak button mushroom jer)
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai bay leaf
1/2 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang*
25 g parutan keju cheddar*(*untuk hiasan)

Bahan Kastard :-)
3 biji telur*
1/3 cawan susu segar*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*dibancuh hingga rata) (Xde stok)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PASTRI:-) Masukkan tepung, gula aising dan serbuk bawang putih (jika guna) dalam satu bekas. Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jadi sehingga adunan berupa serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh yang tidah melekat di tepi mangkuk. Bungkus dengan plastic cling dan dinginkan 20 minit. Tak pe jika telur tidak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI:-) Panaskan mentega dalam kuali, bila cair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan bay leaf dan mix vege, gaul rata. Masukkan ikan tuna, serbuk lada hitam, pati ikan bilis dan juga susu. Kacau hingga semua sebati dan masak dengan api perlahan hingga kering. Angkat dan buang bay leaf. Ketepikan.
  3. PENYEDIAAN QUICHE TUNA BERKEJU:-) Keluarkan doh, canai diantara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter 30 cm. Alihkan ke dalam acuan tart (mat guna yg berukuran 24cm) yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan dan potong lebihan doh, cucuk permukaan doh dengan garfu. Alas doh dengan aluminiu foil, dan masukkan kekacang. Bakar 15 minit pada suhu 175C. Kemudian, alihkan aluminium forl dan sambung bakar untuk 10 minit lagi. Keluarkan pastri tadi dari oven, ratakan inti dan tuang bahan kastrad. Tabur hirisan daun bawang dan parutan keju cheddar. Sambung membakar untuk 25 minit lagi hingga permukaan quiche kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan...Selamat mencuba!!


ni waktu maghrib.... Hafizi iqamat punya la kuat dia jerit...bergegar satu rumah....hehe

No comments: