Thursday, May 10, 2012

Nasi Mandhi


Ni menu dinner we all hari Selasa....  tengah hari Rin beli ayam panggang kat Cold Storage sebab ingat nak wat nasi ayam... skali balik umah deme nak Nasi Mandhi lak... cepat2 google resepi yg mudah n menepati apa yang ada kat umah ni... jumpa la kat Myresepi.... sedapppp.... Hakimi tambah 4x... Hazimi tambah 3x.... Hubby pun tambah 3x.... Hafizi... dia sibuk dgn Ipad makan sket jer... lgpun dia tgh gle minum susu skrg...  Hamikk ko pose dlm periuk je.... xpe bkn nak serve kat mak mertua pun.....hahaha

Nasi Mandhi 
Sumber;Blog Resepiraidah 

Bahan 
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan  (Rin pakai beras biasa jer)
3 camca besar minyak sapi 
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut 
1 biji bawang besar ~ hiris halus 
3 ulas bawang putih ~ hiris halus 
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis 
1/3 cwn kismis (xletak sbb musketeers xgemo)
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih 
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air (xletak pun... )
Garam secukup rasa. 
(Rin tambah serai n daun pandan utk wat lebih beraroma...)

Cara penyediaan nasi: 
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih. 
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa. 
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. (ni mmg le xwat.... mana nk ceko arang)
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. 
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. 
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. (bila nasi dah kering Rin letakkan ayam panggang atas nasi tu)

2 comments:

shuweet said...

lorrrr...cenggitu je nasi mandhi??? senang

Hezrin Ahmad said...

nasi mandhi ada byk versi lor... ni paling simple...kottt