Monday, December 03, 2012

XTVT Masak-memasak

Oleh kerana my MIL in da house so kena la xtvt masak-memasak ni aktif kannnn...so ni la serba sedikit yang mampu kubuat... dalam fridge cuma ada daging korban, udang n telur... suh hubby pegi market dia kata ikan dah abes....adoiiii...

udang ni mama beli kat Sabah...besooooo

wat sambal tumis udang wif cashew

wat sup siam daging wif kentang...dua ni menu hari Sabtu....

Sup Siam Daging1/2 kg dagingdipotong kecil
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging  tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa. Rin pakai kuali ajaib so kejap je dah empuk.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam. 

ni lak menu semalam....telur mata masa kicap wif black pepper

dendeng daging aman puri style.... bertambah mak makan...sedap la kot....hahha...ni resepinye

Daging Dendeng

  • daging - kalau dapat batang pinang lg bagus
  • kicap manis
  • asam keping
  • 10 - 15 cili kering
  • belacan (sedikit)
  • 3 biji bawang merah
  • se ulas bawang putih
  • garam secukup rasa
  • kentang potong wedges

Cara-cara

  1. daging dihiris nipis dan di rebus sehingga empuk bersama sedikit garam, belacan dan asam keping.
  2. setelah empuk,daging itu hendaklah ditumbuk dan air rebusan daging disimpan untuk stok..
  3. kemudian daging tersebut diperap bersama2 kicap manis,perapkan dan disimpan dlm peti ais selama mana yg boleh..
  4. sediakan bahan2 tumisan (cili kering,bawang putih dan bawang merah) di blend sehingga lumat..
  5. panaskan minyak,goreng kentang kemudian goreng daging yg tlh diperap sehingga garing dan ketepikan
  6. tumis bahan2 yg telah di blend sehingga pecah minyak.if kering sangat,boleh bubuh air rebusan daging sedikit.
  7. kemudian,masukkan daging yg telah digoreng td.
  8. sebatikan kedua2 bahan tersebut,kemudian masukkan bawang besar potong bulat.
  9.  dendeng sedia dihidangkan.


petang ter'rajin' sket.....wat karipap2 cinta.....ngeee...

Karipap2 Cinta

  • utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • sedikit pandan emulco
  • 1 1/2 cawan susu
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan dengan susu. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus letakkan atas acu karipap...masukkan inti dan ketip. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

** Sorryla punyala malas nak type...rin search je resepi lain and edit hehe... tu yang format campur2...hehe


3 comments:

shuweet said...

sedapnyer daging dendeng tu..nak resepi...hehe

Hezrin Ahmad said...

nnt aku email

shuweet said...

mekaseyyy