Wednesday, July 31, 2013

Nasi Arab Maqlubah

Assalamu'alaikum semua, Rin kan selalu berbuka di surau jadi macam2 la duk fikir apa nak masak for iftar... aritu kan xdapat makan kat Saba sebab ramai sangat orang so Hakimi pun request la nasi arab.... Rin pun google la ...skali terjumpa dgn resepi Nasi Maqlubah... hmm menarik ni...so why not kt try kan... jadi x jadi lain kira...janji cuba...ye dak.... Nasi arab ni rasanya lebih kurang sama je dengan nasi kabsah di Saba' tu. 

NASI ARAB MAQLUBAH (Nasi Telungkup kami kata...nasib baik rasa x terlungkup) 

Bahan-bahan untuk nasi : 
1 kg - daging kambing (direbus biasa) 
4-5 batang - cili hijau (dipotong tidak terlalu nipis) 
1-2 paket - rempah beriani Maggi
6 cawan - beras basmathi (Rin guna Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam dalam 15 minit sebelum dimasak) 
2 biji kentang - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional) 
2 biji terung - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional) 
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional) 

Cara-cara memasak : - 
1. Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging kambing yang telah direbus empuk dalam periuk tadi.
2. Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi, dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi. 
3. Masukkan garam secukup rasa. Masa ni pun dah terbau dan terasa kelazatannya....
4. Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (Rin xletak sayuran ni semua sebab xde stok, tu yang tulis optional tu...lagipun bekbudak xgemo)
5. Masukkan beras dan 8 cawan air rebusan tadi & ready to cook!
6. Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down' maka haruslah menelangkupkannya!)
7. Pastu Rin tabur cashew n daun sup bawang sebab parsli xde....

Ni Rin buat...versi Kamben

yang ni lak versi ayam and ada sayur


Bahan untuk sambal :
5 batang -   cili padi
2 batang -   cili merah 
2 batang -   cili hijau
4 biji        -   tomato 
Sedikit perahan lemon
Garam & gula - secukup rasa

>> Di kisar kesemuanya hingga hancur & ready to eat! 

Bahan untuk salatoh :

Mentimun }
Carrot        }     dipotong dadu
Tomato     }

Bawang besar  }
Cili hijau            }   dipotong kecil
Cili merah          }
Sedikit daun pudina 

Sedikit minyak zaitun. 
>> Campurkan kesemua bahan di atas dengan minyak zaitun & ready to eat...


licinnnnn..... Hakimi makan sampai 3 pinggan penuh.... so lepas ni kami kata kena beli talam banyak sket then jadi acara bulanan la makan dalam talam... so menu akan dipelbagaikan lagi.... lebih erat silaturrahim dikalangan kami semua....insyaallah....

Apa menu kami malam ni..... hehe... tungguuuuuu......

Monday, July 29, 2013

Raya dah dekat...

Raya dah semakin hampir... apa yang pasti perasaan Rin bercampur baur... nak kata seronok pun ye... nak kata sedih pun ye... persiapan kami semua serba sederhana macam tahun-tahun yang lepas... buat biskut ramadhan macam biasa... ye la bukan biskut raya sbb baru buat je abes asal abes je baru buat...huhu... xpela bdk2 nak makan kan...

semalam buat chocolate chip... dapat la sebalang penuh ni... lepas terawih je dah tgl separuh balang.... biskut dahlia tu jangan tanya la ye... balang dia pun Rin dah basuh... semalam macam nak buat lg sebancuh but tersakit kepala so masuk la balik butter tu ke dlm fridge... malam ni tgkla dulu cmne... 

tgk budak ni... bangun2 tido terus tolong mama... satu masuk balang satu masuk molot...abes cmne...hehe

semalam my neighbour bt nasi kerabu... rin watla dessert ni but lupa nak bwa turun... so i rasmi dulu la ye... malam ni rin bawak turun insyaallah....

seronok deme ni main munge api....hehe... malam nanti geng ayah2 lak nak main mercun....adoiiii

Friday, July 26, 2013

Main Masak2

 hehe... kelmarin kami buat biskut dahlia...ropenye nama dia samperit gak...ku ingat lain2 haha...papepun... biskut ni udah habis and nak kena wat lain....huhu.... sebab ramai yang cakap resepi Mat Gebu best...so Rin pun ikut sama....sedap3.... 
BAHAN-BAHANNYA :-) 
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) Rin pakai Tatura
160 g gula aising (mat guna 140 g) Rin pakai 130g je
2 kuning telur 
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose) Rin pakai vanilla
240 g tepung gandum* 
100 g tepung jagung* 
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan 

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Semalam seperti biasa kami bernuka di surau... semalam menu nasi.... so Rin buat masak lemak ketam.... yang best tu... kawan we alls ni terlupa masak nasi.... udah kul 7pm baru nak masak....apalagi...licin ler....siap kena masak nasi lain lagi ahaha.... menu ketam xyah la kot...sama je mcm masak lemak lain.... cuma rin suka tambah telur ayam kat kuah tu.... ;)


Wednesday, July 24, 2013

Udang Goreng Telur Masin

Dah lama xbangun sahur...ishhhh....alhamdulillah terjaga pagi ni.... nasi dah masak semalam al maklum le udah berganti periuk nasi hadiah kawen I hehe... bangun kul 4.30am ketung ketang kat dapur maka terhasillah Udang goreng telur masin.... bertambah2 deme ni makan...hubby kata sedap... len x leh buat lagi...


UDANG GORENG TELUR MASIN
resipi asal  : Zila4ever (Ketam Goreng Telur Masin)
diubahsuai : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
350 gm udang (Rin buat 2 ekor udang XXL)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak (Rin xrebus...xsempat)
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Dia

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..


** Luka dihati masih berdarah....aku tidak bersedia untuk luka yang baru.... Ya Allah aku cuma hambamu yang kerdil namun tak terdaya aku sekiranya aku diuji begini....:(