Wednesday, July 24, 2013

Udang Goreng Telur Masin

Dah lama xbangun sahur...ishhhh....alhamdulillah terjaga pagi ni.... nasi dah masak semalam al maklum le udah berganti periuk nasi hadiah kawen I hehe... bangun kul 4.30am ketung ketang kat dapur maka terhasillah Udang goreng telur masin.... bertambah2 deme ni makan...hubby kata sedap... len x leh buat lagi...


UDANG GORENG TELUR MASIN
resipi asal  : Zila4ever (Ketam Goreng Telur Masin)
diubahsuai : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
350 gm udang (Rin buat 2 ekor udang XXL)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak (Rin xrebus...xsempat)
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

No comments: