Friday, August 16, 2013

Mee Racun


Few days back my hubby niece n nephew datang beraya... me working so kubelilah apa2 yg patut untuk dimasak malam tu... dah pesan awal2 datang lewat sket nnt  kena tlg kat dapur hehe... memula nak masak mee kari... kusuruh hubby beli santan...sekali dia beli kelapa parut suh perah...mmg xla kan...dah la nak cepat mana la nak menumis nak potong nak blend cili n nak perah santan...grrr... and lgpun pudina pun ilek... so macam xkick lak nnt kan... then hubby kata wat la menu lain pulak... something different... mee racun ok x... let me skodeng the recipe first ek.... ada la bahan2nya... so bermulalah operasi...kelentang kelentung... ketepek ketibom... bersilat bagai...siap wat bawang goreng sendiri lagi tau... maka terhasillah mee racun versi agak derhaka.... diorang tanya...ni mee apa cik rin....  Mee racun...no worries korang punya pasal letak paraquat lebih wakaka... but me inform yg ku tidak pernah makan so xtau la jadik ke tidaknya... deme pun xpenah makan gak walopun mee ni sangat pemes amos di Batu Pahat.... makanya licin laa 3 peket mee.... Alhamdulillah....

BAHAN-BAHANNYA :-) (CMG punya resepi)
600 gram mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan (Rin guna 3 peket mee)
1/2 kg tulang lembu, (Rin habeskan stok tulang korban tahun lepas hehe)
1 inci halia, ditumbuk halus
Udang, sotong dan daging (ikut suka, nak guna semua jenis pun ok)
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*kisar halus)
4 camca besar cili kisar 
5 camca besar sos tomato
5 camca besar sos cili thai
1 camca besar gula (tak letak, sebab sos dah manis)
1 kiub ayam
2 kelopak kobis (Rin guna sawi pun ok), dipotong n celur
1 biji tomato, belah 6 (xde stok)
Garam secukup rasa
1 genggam lada hitam ditumbuk
Serbuk lada sulah secukup rasa
Hirisan daun sup bawang untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur rebus untuk hiasan (malas nak rebus telur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus tulang lembu dengan halia tumbuk hingga mendapat stok yang diperlukan (nak cepat rebus dalam pressure cooker selama 25 minit). Kalau guna daging lembu bukan jenis batang pinang, boleh rebus sekali bersama tulang lembu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, hingga harum, masukkan cili kisar, lada hitam dan tumis hingga garing. Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tuang air rebusan tulang. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ayam, udang dan daging (kalau guna tulang, masukkan sekali). Tambah garam secukup rasa dan juga lada sulah. 
  4. Bila Rin tengok kuahnya macam ceroiii je... mula lah nak derhaka kat resepi...  Rin pukul dua biji telur then masukkan dalam kuah terus matikan api.
  5. Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 hiasan dan hidangkan segera.

No comments: